Selepas lama bercuti dan ditutup operasi bagi mengekang penularan wabak COVID-19 sebelum ini, panggung wayang di Malaysia akhirnya kembali dibuka bulan ini.

Tambah manis, pembukaan kembali operasi panggung wayang di Malaysia dimeriahkan lagi dengan tayangan sekuel kepada filem blockbuster Korea, Train To Busan dengan tajuk Peninsula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

peninsula1

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian dalam sambungan kepada filem Train To Busan yang pertama kali diterbitkan empat tahun lalu ini adalah apabila salah seorang pelakon dari Malaysia dilaporkan turut membintangi filem tersebut.

Perkara itu menjadi topik perbualan di media sosial selepas beberapa personaliti yang menghadiri tayangan filem itu mula berkongsikan mengenainya di akaun media sosial mereka.

Antara individu yang berkongsikan mengenai perkara itu adalah pelakon Hairul Azreen di Instagram story-nya dan juga personaliti YouTube, ZhafVlog yang memaklumkan mengenai penampilan pelakon dari Malaysia itu.

hairul
Tangkap layar daripada Instagram Hairul Azreen

Sudah cukup buat netizen teruja

Walaupun dikhabarkan hanya membuat cameo atau penampilan yang tidak terlalu lama dalam filem tersebut, namun penampilannya dalam filem sekuel kepada Train To Busan sebagai penyelamat mangsa serangan zombie sudah cukup untuk membuatkan netizen di negara ini teruja.

Dalam ruangan reply di hantaran ZhafVlog itu, rata-rata netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka dan tidak kurang juga mereka yang menonton seakan ‘perasan’ dengan pelakon tersebut kerana beliau difahamkan menggunakan lambang bendera Malaysia di bajunya dalam filem tersebut.

https://twitter.com/frzulaika/status/1283567281516064768?s=20

Menggunakan nama @thebellarahim yang di- tag Hairul Azreen dalam Instagram story-nya kami turut menemui apa yang difahamkan merupakan akaun media sosial kepada pelakon tersebut .

Dan seperti yang dijangkakan, pelakon tersebut mengakui sendiri beliau sebelum ini pernah berlepas ke Korea Selatan untuk berlakon dalam filem tersebut menerusi hantaran terbaru yang dibuatnya.

Penampilan pelakon tempatan di peringkat antarabangsa bukanlah sesuatu yang baru malah pelakon veteran Aznah Hamid sebelum ini juga pernah membintangi filem Tamil bersama Rajinikanth. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Netizen Tergamam Bila Tahu Aznah Hamid Pernah Jadi Heroin Rajinikanth

Pawagam Berkonsep Tonton Dalam Kereta Pertama Bakal Dibuka Di Malaysia

Pawagam ‘Patuh Syariah’ Pertama Di Terengganu Ini Asing Tempat Duduk Ikut Jantina Curi Perhatian Netizen