Netflix merupakan laman penstiman kegemaran ramai untuk ‘binge watch’ drama, filem, dan juga dokumentari. Tidak dapat dinafikan, konten yang disajikan Netflix kepada penggunanya akan menghiburkan para pengguna.

Terbaharu, jadi buah mulut netizen apabila melihat kemunculan tandatangan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam sebuah siri drama sejarah The Crown.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa terkejut akan ‘details’ yang ditunjukkan dalam siri tersebut. Malah, ada juga yang berharap sejarah seperti ‘The Dawn Raid’ dan kempen ‘Buy British Last’ turut akan muncul dalam siri tersebut.

https://twitter.com/IguanaKingdom/status/1341054116286455809

Untuk pengetahuan anda, The Crown ialah sebuah drama sejarah melalui siri televisyen mengenai pemerintahan Ratu Elizabeth II. Ketika ini, The Crown baru sahaja tamat siri keempat dan ramai sudah menantikan siri kelima ditayangkan.

Bagi anda yang menonton, adakah anda perasan akan ‘small details’ seperti tandatangan Tun Mahathir ini dalam drama bersiri The Crown ini? Jika belum menonton, mari kita sama-sama menontonnya.

Tahukah anda bahawa syiling lama Malaysia pernah muncul dalam drama bersiri Netflix? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen

Drama Bersiri Netflix ‘Another Life’ Pilih Rambutan Sebagai Buah Dari Angkasa Lepas

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga