Di tahun baharu 2022, Kementerian Kesihatan meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada dengan gelombang baharu COVID-19 yang bakal melanda negara pada bila-bila masa. Wabak yang kini bermutasi dan dipanggil Omicron itu sudah mula menyerang ke beberapa negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata antara langkah untuk menghentikan penyebaran wabak itu adalah dengan liputan dos penggalak yang meluas, memakai topeng muka pengudaraan yang baik, melaksanakan TRIIS (Ujian, Laporan, Asingkan, Maklumkan dan Cari), mengaktifkan aplikasi pengesanan kenalan MySejahtera dan kawalan pintu masuk antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun ada yang berhujah bahawa Omicron kurang berisiko berbanding varian Delta, Khairy berkata Omicron telah terbukti lebih berjangkit daripada Delta. Oleh itu, ia akan memberi tekanan kepada sistem dan kemudahan kesihatan negara jika langkah-langkah awal tidak diambil bagi mengurangkan kadar penularan.

“Sepertimana negara-negara lain, berkemungkinan besar gelombang Omicron akan mula di Malaysia. Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik, #TRIIS, MySJ Trace & kawalan pintu masuk antarabangsa anatara langkah perlahankan penularan Omicron.

“Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu. Tetapi keboleh jangkitan Omicron > Delta. Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukkan hospital/ICU Upwards arrow. @KKMPutrajaya mahu elak sistem kesihatan awam lumpuh. Strategi: perlahankan Omicron,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Khairy menulis ciapan tersebut sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Noor Hisham Abdullah bahawa kadar kebolehjangkitan nasional COVID-19 pada hari Sabtu (1 Jan) berada pada 0.99, meningkat daripada 0.98 daripada hari sebelumnya. Malaysia melaporkan 2,882 jangkitan COVID-19 pada hari Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan negara kepada 2.76 juta.

Ini sebab mengapa WHO isytihar varian ‘Omicron’ sangat berbahaya pada ketika ini. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Ini Sebab Mengapa WHO Isytihar Varian ‘Omicron’ Sebagai Sangat Berbahaya Pada Ketika Ini

Ubat COVID-19 Berbentuk Pil Dari Pfizers Diuji Pada Manusia, Bakal Digunakan Pada Akhir Tahun Ini?

Mahu Kekang Penularan Varian Omicron, AstraZeneca Sedia Hasilkan Vaksin Terbaru