Sejak sekian lama, Malaysia sering kali menjadi pilihan para pelancong khususnya dari Eropah dan Tanah Arab untuk melancong. Menawarkan seleksi makanan yang enak, murah serta mempunyai pelbagai tempat pelancongan antara yang menarik perhatian pelancong luar.

Dalam pada itu, lain ceritanya apabila pasangan pelancong dari Filipina dan England ini menjadi mangsa ‘scam’ tukang gunting warga asing di Bukit Bintang selepas dikenakan cas sebanyak RM120 untuk potongan rambut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @zoeandczar_, kedai gunting ini mula menawarkan servis menggunting rambut lelaki pada harga RM19. Walau bagaimanapun, harga yang dikenakan kepada pelancong lelaki ini adalah sebanyak RM120 selepas mengetahui pelancong ini menetap di England.

@zoeandczar_

What do you think? Do you also think 120 ringgit is far too much for a trim in a local barber shop in Kuala lumpur? First time this has happened to us in Malaysia 🇲🇾 #malaysia #kualalumpur #kualalumpurmalaysia #malaysiatiktok

♬ original sound – Zoe&Czar

Tidak puas hati dengan jumlah cas tinggi yang dikenakan, pasangan ini mulai mempersoalkan harga yang disebutkan tukang gunting dipercayai warga asing ini.

Pasangan pelancong ini turut bertanyakan warga tempatan harga yang sesuai untuk menggunting rambut di mana mereka mendapati harga melebihi RM50 sudah cukup mahal.

Berbeza pula dengan tukang gunting ini yang mendakwa warga tempatan yang tidak membayar cukai. Namun, beliau gagal menjawab mengapa cukai hanya dikenakan kepada pelancong luar sahaja.

Sumber: tiktok @zoeandczar_

Perkongsian yang dibuat pasangan pelancong ini telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen di mana rata-ratanya bersetuju servis menggunting rambut hanyalah sekitar RM15 sehingga RM25 sahaja.

Servis menggunting rambut di salun atau tempat yang lebih mewah mungkin lebih tinggi namun tidak mencecah RM120. Tidak kurang yang terkejut warga asing juga mampu ‘scam’ pelancong luar di Malaysia ini.

Sumber: tiktok @zoeandczar_
Sumber: tiktok @zoeandczar_
Sumber: tiktok @zoeandczar_

Menurut perkongsian pelancong ini, mereka turut mendengar terdapat pelancong luar yang telah dicas sebanyak RM250 untuk servis menggunting rambut sahaja.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta berhati-hati dengan ‘modus operandi’ yang dibuat segelintir warga asing yang menawarkan servis gunting rambut agar tidak terjerat dengan harga tinggi yang dikenakan.