Seorang lelaki yang gagal mendapatkan cinta dan telah di friendzone telah bertindakan memulakan proses saman terhadap wanita tersebut. Alasan disebalik saman itu dibuat adalah kerana beliau trauma selepas mengetahui bahawa wanita itu menganggap mereka hanya sekadar sebagai kawan.

Menurut laporan The Straits Times, tindakan saman sebelum ini telah dibuat, tetapi ditangguhkan oleh mahkamah setelah keduanya bersetuju untuk dikendalikan ke bahagian kaunseling. Setelah hampir satu setengah tahun, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai K. Kawshigan masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa wanita terbabit, Nora Tan masih tidak mahu menjalinkan hubungan dengan beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas wanita terbabit memutuskan hubungan dengannya, Kawshigan memfailkan dua saman terhadapnya – tuntutan Mahkamah Tinggi $3 juta kerana didakwa menyebabkan “kerosakan reputasi” dan “trauma dan kemurungan” terhadap hidupnya. Beliau juga meminta $22,000 tuntutan kerana didakwa melanggar perjanjian untuk memperbaiki hubungan mereka.

Saman terakhir telah dibatalkan pada awal Januari oleh timbalan pendaftar Mahkamah Negeri, yang berkata bahawa dakwaan Kawshigan adalah “jelas tidak berasas dan tanpa sebab” dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.