Pada 6 November lalu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul selesai membentangkan kertas cadangan Belanjawan 2021 di Parlimen yang berjumlah RM332.5 bilion yang sekaligus dianggap belanjawan terbesar yang pernah dibentangkan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Belanjawan 2021 yang pertama kali dibentang oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) nampaknya tidak terlepas daripada menjadi pertikaian netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
obj24981660_1604649254
Sumber: Harian Metro

Antara topik paling kontroversi dalam Belanjawan 2021 adalah soal peruntukan kesihatan yang didakwa telah ‘dikurangkan’ oleh segelintir netizen.

Dalam usaha untuk memberi kefahaman buat rakyat Malaysia, Tengku Zafrul menerusi laman Facebook dan Twitter beliau telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai peruntukan kesihatan dalam Belanjawan 2021.

Seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2021, sebanyak RM31.9 bilion telah diperuntukkan buat Kementerian Kesihatan sekaligus menjadikan bajet yang disalurkan pada kali ini lebih tinggi berbanding tahun lalu dengan RM30.6 bilion.

Tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan

Difahamkan tiada bidang kepakaran yang mengalami pengurangan peruntukan pada B2021 sebaliknya Buku Anggaran Hasil dan Perbelanjaan Kerajaan, jumlah bagi bekalan perubatan serta bahan guna habis consumables sebanyak RM4.29 bilion telah diasingkan dan diperuntukkan di bawah butiran 080000 (Program Khusus)

Peruntukan RM420 juta buat Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Menurut Tengku Zafrul, pihak kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM420 juta untuk meningkatkan Rancangan Makanan Tambahan dengan bekalan susu setiap hari persekolahan buat manfaat murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

Katanya, peruntukan berkenaan dibuat kerana kerajaan mahu kanak-kanak di Malaysia membesar dengan sihat dan mendapat pertumbuhan fizikal serta mental yang menyeluruh.

Selain itu, sebanyak RM24 juta telah diperuntukkan bagi menangani isu kesihatan mental melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental.

Peruntukan sempena wabak COVID-19

Mengulas mengenai peruntukan COVID-19, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM475 juta sebagai peruntukan tambahan untuk bekalan reagen dan bahan guna habis yang diperlukan berkaitan Covid-19.

Peruntukan yang ditawarkan merangkumi RM318 juta bagi penyediaan peralatan kelengkapan perlindungan diri dan cecair pembasmi kuman kepada petugas barisan hadapan kita, RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan RM50 juta bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di hospital pengajar universiti.

Selain itu, dimaklumkan pihak kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 bilion bagi perlaksaan kawalan pergerakan serta keperluan kesihatan awam berkaitan COVID-19. Tengku Zafrul juga turut memaklumkan pihak kerajaan tidak akan berkompromi di dalam usaha melindungi nayawa dan kesihatan rakyat Malaysia.

Tengku Zafrul berjaya mencuri tumpuan ramai pada Belanjawan 2021 setelah menyarungkan jam tangan G-Shock yang sekaligus menjadi buruan peminat jenama ini.

Jam G-SHOCK ‘Belanjawan 2021’ Tengku Zafrul Kini Jadi Buruan

Tengku Zafrul Bentang Bajet Guna Tablet, Seru Orang Ramai Jaga Alam Sekitar