Setiap kali ada ambulans atau kenderaan pihak berkuasa sedang dalam kecemasan, pasti akan anda kenderaan lain cuba mengekori daripada belakang untuk mengelak kesesakan lalu-lintas.

Baru-baru ini tular satu rakaman video seorang penunggang motosikal mengekori rapat sebuah kenderaan peronda polis yang sedang mengiringi ambulans. Bagaimanapun, anggota polis segera membuka pintu dan ‘memarahinya’ daripada terus mengikut belakang kereta peronda tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya terkesan video berdurasi 35 saat dimuat naik satu pemilik akaun TikTok memaparkan sebuah motosikal mengekori kenderaan polis yang sedang memberi laluan kepada ambulans.

https://www.tiktok.com/@captaindotcom/video/7099259307711106331?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=untuk%20penunggang%20motosikal&t=1653011815385

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 8.40 pagi ini ketika satu pasukan Unit Polis Peronda Lebuhraya (HMPV) JSPT Kuala Lumpur sedang membuat penugasan rondaan dan pemantauan di sekitar Jinjang serta Kepong.

“Semasa rondaan pasukan melihat sebuah ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari arah bulatan Kepong terhalang laluannya akibat kenderaan padat menghala ke Jalan Kuching.

“Berikutan itu, anggota HMPV mengiring ambulans berkenaan sehingga menghala ke tempat kemalangan yang membabitkan dua motosikal bagi bantuan kecemasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walaupun nampak ia seperti satu peluang untuk mengelak kesesakan lalu lintas, namun JSPT memberi peringatan kepada mana-mana penunggang motosikal supaya tidak bertindak demikian pada masa hadapan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu seorang lelaki disangka tidak lagi bernyawa telah memarahi pasukan bomba kerana mengejutnya daripada tidur. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Disangka Tidak Bernyawa, Pemandu Disyaki Mabuk Maki Bomba Kerana Kacau Beliau Tidur

Dakwa Dilanggar Lari ‘Escort VIP’, Video Luahan Kekecewaan Pemilik Kereta Cetus Pertikaian Netizen

Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Nahas 5 Pelajar USAS