Jika anda merupakan seorang peminat bola sepak dan sering mengikuti perkembangan semasa bola sepak dunia pasti anda akan mengenali Toni Kroos dan juga Pierre Emerick Aubameyang.

Walaupun Kroos bermain untuk Real Madrid di Sepanyol dan Aubameyang pula bermain untuk Arsenal di England, namun kedua-keduanya baru-baru ini ‘bertembung’ di media sosial gara-gara cara sambutan gol yang dibuat bintang Arsenal itu.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Aubameyang sebelum ini terkenal dengan cara sambutan gol yang unik iaitu dengan menyarungkan topeng-topeng ‘superhero’ seperti Black Panther dan Deadpool serta ramai lagi. Malah, sambutan itu bermula sejak dia bersama BVB Dortmund lagi sebelum menyertai Arsenal.

Bagaimanapun, cara Aubameyang menyambut jaringan gol itu kurang dipersetujui bintang Real Madrid, Toni Kroos yang memberikan komen mengenai perkara itu ketika rakaman podcast bersama Einfach mal Luppen seperti dilaporkan portal Sport Bild di Jerman.

“Jika ianya (sambutan gol) melibatkan tarian dan koreografi, saya mendapati ianya sangat mengarut […]

“Pernah sekali Aubameyang menyambut dengan memakai topeng. Mulai saat itu saya tidak menggemarinya.

“Saya juga tidak merasakan perkara itu boleh menjadi contoh yang baik. Sangat mengarut,” komen Kroos seperti dipetik Sport Bible.

Dia ada anak tak?

Walaupun sedar dengan hakikat komen tersebut diberikan Kroos sebagai seorang pemain yang sangat dihormati kerana pernah memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Piala Dunia FIFA, namun itu tidak menghalang Aubameyang untuk memberikan reaksi balas kepada komen Kroos.

Melalui satu ciapan di Twitter, Aubameyang berkongsikan kembali (retweet) gambar lukisan dirinya oleh kanak-kanak yang diberikan sebagai jawapan kepada definisi kegembiraan sebenar.

Sambil menjelaskan kenapa dia memakai topeng ketika menyambut jaringan yang dilakukan, dia pada masa sama turut membidas pemain bintang Real Madrid itu.

By the way, adakah Toni Kroos ini mempunyai anak?

“Sekadar untuk mengingatkan, saya melakukannya (sambutan memakai topeng) untuk anak saya beberapa kali sebelum ini dan saya akan melakukannya lagi.

“Saya doakan anda mempunyai anak suatu hari nanti dan membuatkan mereka gembira seperti kanak-kanak di sekolah ini (merujuk kepada gambar lukisan),” ciapnya di Twitter.

Selain untuk menjadi inspirasi dan menghiburkan peminat ciliknya, Aubameyang juga pernah menjelaskan dia memilih untuk memakai topeng sebagai simbol mewakili dirinya dan penghormatan.

Perkara ini dinyatakan beliau ketika memakai topeng Black Panther ketika menjaringkan gol di Stadium Emirates pada 2019.

“Saya memerlukan topeng yang boleh mewakili saya dan ianya adalah Black Panther. Di Gabon, pasukan kebangsaan kami dipanggil Panthers,” jelasnya.

Selain memakai topeng Black Panther, beliau sebelum ini juga pernah membuat simbol Wakanda Forever selepas menjaringkan gol sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Chadwick Boseman yang meninggal dunia kerana kanser tahun ini.

Baca juga lain-lain perkongsian dan laporan sukan yang pernah kami siarkan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Gol ‘Tiki-Taka’ Pasukan Pulau Pinang Ini Raih Perhatian Komuniti Bola Sepak Antarabangsa

Kejayaan Atlet Gimnastik Farah Ann Diraikan Barbie Dalam Boneka Edisi Khas

Mahu Lengkapkan Rekod 30-0, Pengurus Beri Bayangan Khabib Bakal ‘Kembali’

Anda Mungkin Suka