Telatah Puteri Jihan Abdullah yang juga merupakan puteri bongsu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sering sahaja mencuri tumpuan netizen di Twitter.

Walaupun bergelar sebagai puteri raja, namun ia tidak menghalang Puteri Jihan atau lebih mesra dikenali sebagai TPJ untuk sentiasa berinteraksi dengan pengikutnya di Twitter- daripada berkongsikan gambar sehinggalah melayan telatah mereka yang senang bergurau dengannya.

Seperti yang berlaku pada semalam apabila beliau sempat melayan pickup line daripada para pengikutnya selepas memuat naik gambar sedang melakukan aktiviti scuba diving dengan kapsyen berseloroh “next level social distancing” di akaun Twitternya.

https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1298869780477173760

Ciapan tersebut kemudiannya bukan sahaja mendapat lebih 14,000 sukaan namun dilihat turut mengundang para pengikutnya yang melihat perkongsian tersebut untuk turut sama berkongsi gambar melakukan aktiviti scuba diving sebelum ini.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah gambar-gambar tersebut tidak datang secara bersendirian apabila ada antaranya turut ‘ditemani’ dengan ayat-ayat yang cuba memikat TPJ atau pickup line.

Jawab dengan tenang

Walaupun dihujani dengan pickup line daripada para pengikutnya namun TPJ dilihat berjaya ‘menolak’ pelawaan tersebut dengan tenang dan bersahaja untuk tidak mengecewakan peminatnya itu.

Malahan, reaksinya menolak itu berjaya membuatkan netizen dan mendapat lebih perhatian daripada perkongsian asalnya yang berkongsikan gambar beliau sedang menyelam sebelum itu.

“Tak apa saya berenang sahaja,” balas TPJ dengan bersahaja kepada pickup line yang dibuat pengikutnya sebelum itu.

https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1298941505239842818?s=20

Walaupun ringkas dan bersahaja namun jawapan daripada TPJ itu berjaya meraih lebih 9,000 retweet dengan rata-rata terhibur dengan jawapan bersahaja yang diberikannya itu.

Bukan sahaja terhibur namun netizen juga secara berjemaah mengucapkan ‘takziah’ kepada lelaki tersebut yang dianggap ‘gagal’ dalam cubaannya untuk memikat puteri raja itu.

Baca juga reaksi daripada TPJ sebelum ini selepas didakwa netizen tidak memakai pelitup muka ketika melakukan lawatan ke Pusat Sains Negara baru-baru ini di pautan di bawah.

Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka, Tengku Puteri Jihan Jawab Dakwaan Netizen Di Twitter

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Sumber