YouTuber yang kian meningkat naik, Azfar Heri atau nama sebenarnya Mohammad Azfar Herisyam, 23, memang cukup dikenali dengan telatahnya yang kelakar dan hadir dengan video masaknya yang santai serta bersahaja.

Bagi yang mengenali personaliti media sosial ini pasti mengetahui bahawa beliau memang tidak pernah malu untuk menunjukkan realiti kehidupan sebenarnya. Hal ini secara tidak langsung telah membuatkan para peminatnya merasa lebih dekat dengan personaliti media sosial ini.

Baru-baru ini menerusi video terbaharu yang telah dikongsikan beliau di YouTube, personaliti media sosial tersebut telah menunjukkan transformasi dapur terbaharunya untuk tatapan umum.

Turut dikongsikan di dalam video tersebut ialah pengalamannya yang harus berdepan dengan kritikan segelintir pihak mengenai kediaman beliau yang dikatakan kelihatan buruk.

“Ada satu brand ini yang nak bekerjasama untuk buat video sewaktu PKP. Saya sudah record video dua tiga kali, mereka tak nak. Mereka mahu saya shoot ditempat lain kerana dapur rumah saya tak cantik,” katanya di dalam video tersebut.

“Saya sedih dan terkilan kerana gaya video saya memang macam vlogging dan kasual. Brand ini rasa dapur saya buruk sangat jadi mereka tak jadi nak bekerjasama. Saya cerita kepada mak saya yang saya ditolak sebab dapur tak cantik, mak saya pun sedih,” tambah personaliti media sosial itu lagi.

Mengambil komen tersebut sebagai pembakar semangat

Tidak lama selepas video tersebut disiarkan, terdapat banyak respon yang diberikan oleh peminat serta rakan kepada personaliti media sosial ini. Rata-rata dari mereka berpendapat bahawa jenama tersebut tidak sepatutnya bertindak seperti itu.

Disamping itu, para netizen turut memuji sikap Azfar yang memilih untuk kekal tenang meskipun diberikan kritikan yang menyakitkan hati.

Walaupun ramai yang meminta agar jenama tersebut didedahkan, Azfar bagaimanapun berkata bahawa beliau mengambil kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.

Beliau turut berkata bahawa beliau mengambil insiden tersebut sebagai sebuah pengalaman yang harus ditempuh sebagai content creator.

“Sebelum ini pun saya ada buat video memasak dan ada orang komen dapur buruk, tapi saya tak kisah. Waktu itu saya bukan orang senang tapi sekarang kita perbaiki sikit demi sikit,” katanya.

Personaliti media sosial tersebut turut juga membuat perkongsian di akaun Instagram peribadi miliknya menunjukkan dapur baru beliau yang telah diubah suai. Perkongsian tersebut bukan sahaja dibanjiri pujian dari peminat dan rakan, malah dari penyanyi kesayangan Malaysia, Yuna.

Diharapkan perkongsian ini boleh memberikan anda sedikit motivasi ketika berhadapan kritikan yang menyakitkan hati. Ambil iktibar dari cara personaliti media ini menerima kritikan dan komen negatif dan cuba aplikasikan ia pada kehidupan seharian kita.

Sementara itu, baca juga perkongsian kami yang lain menerusi pautan di bawah. Selamat membaca!

Pernah Rugi Lima Angka, Khairulaming Kongsi Kisah Jatuh Bangun Hasilkan Sambal Nyet

Mahu Pengamal Ilmu Hitam Ditangkap, Caprice Dedah Diganggu Bomoh Tanpa Henti

Anda Mungkin Suka