Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika anda merupakan salah seorang peminat siri drama kepolisan Gerak Khas, pasti anda masih mengingati kelibat Inspektor Mazlan lakonan AC Mizal suatu ketika dahulu.

Pernah mencuri tumpuan dengan lakonannya dalam Gerak Khas The Movie pada 2001, watak yang dibawakan pelakon yang kini bergelar pengacara itu ternyata masih diingati rata-rata rakyat Malaysia.

Antara babak yang paling diingati sudah pasti kisah persahabatannya dengan Inspektor Aleza dan babak di mana beliau melakukan penyamaran sebagai wanita untuk operasi sulit.

Kini selepas 15 tahun menghilang, keberadaan Inspektor Mazlan akhirnya diketahui selepas beliau berjaya ditahan oleh sepasukan pelakon siri berkenaan ketika siaran langsung Vokal Mania di TV3 baru-baru ini.

Tambah menarik, Datuk Yusof Haslam sendiri turut turun padang untuk ‘menahan’ Inspektor Mazlan ini.

“Inspektor Mazlan! Ingat lagi saya tak?

“Awak ditahan kerana meninggalkan Gerak Khas, 15 tahun yang lalu. Kenapa?” soalnya kepada pengacara berkenaan.

Anda boleh menonton detik-detik mengujakan penahanan tersebut melalui perkongsian video di bawah.

Dato AC Mizal kena terjah LIVE Vokal Mania

Haaa jangan main-main Dato Ac Mizal tengah live #VokalMania ada orang cari! Jap, ke ni Ins. Mazlan jumpa Boss? 😎😎😎..Korang jangan lupa saksikan #VokalMania setiap Sabtu 9 malam dan #GerakKhasTheFinale setiap Jumaat & Sabtu jam 10.30malam di TV3

Posted by TV3 Malaysia on Saturday, December 5, 2020

Membangkitkan rindu netizen

Walaupun persembahan berkenaan difahamkan untuk mempromosikan musim terakhir Gerak Khas yang kini ditayangkan di TV3, namun ianya sudah cukup untuk membuatkan netizen mengimbau kembali kenangan lama bersama watak berkenaan.

Daripada lebih 200 komen yang ditinggalkan, boleh dikatakan hampir semua mengatakan mereka merindui telatah Inspektor Mazlan dan pelakon-pelakon asal yang pernah mewarnai siri berkenaan suatu ketika dahulu.

“Please, buat come back kejap Inspektor Mazlan, Aliza, Lim, Linggam dan Sarjan Hashim, rinduuuu,”.

“Aku tahun (lahir) 1996, waktu kecil masih sempat zaman-zaman Gerak Khas The Movie, zaman AC Mizal. Tambah lagi zaman tu bukan zaman gajet mcm sekarang,”

“Suka tengok Inspektor Mazlan ni dulu, watak dia polis yang serius time kerja, time tak kerja sengal-sengal ubi,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Buat anda yang terlepas, siri Gerak Khas kini sedang ditayangkan di TV3 untuk musim terakhir mereka. Baca lebih lanjut mengenai perkhabaran ini melalui pautan di bawah. 

Selepas 20 Tahun Bersiaran Di RTM, Netizen Terkejut Siri Akhir Gerak Khas Bakal Ditayangkan Di TV3

Bakal Pencen Tidak Lama Lagi, ‘Detektif Lingam’ Kini Buka Dapur Gerak Khas

Terima Sambutan Hangat Dari Peminat, Yusof Haslam Sahkan Ini ‘Titik Noktah’ Buat Gerak Khas

Anda Mungkin Suka