Ditulis Oleh:
Sahel Akmal
Beliau merupakan graduan perubatan, 'coffee barista' separuh masa dan penulis bersama buku Aku Budak Medik 3.0: Stetoskop
March 19, 2017 9:15 PM

Sebagai seorang barista, situasi di bawah selalu aku alami.

Mr X : Tadi saya order Cappuccino. Kenapa ada foam banyak sangat dan pahit sangat ni? Ringan pula tu?

Aku : Oh Cappuccino memang macam tu. Letak espresso shot, lepas tu letak susu sikit dan foam yang banyak.

Mr X : Eh. Kan Cappucino ada susu. Takde, takde. Saya nak tambah susu juga. Biar penuh.

Aku : (Dalam hati) Susu banyak tu Cafe Latte, sambil menambah susu dalam cawannya.

Jenis-jenis kopi. Beza Flat White dan Latte cuma pada foam saja.

Situasi seperti ini dah banyak berlaku. Pelanggan tak tahu tapi buat-buat tahu sebab ego ataupun tak nak malu bertanya. Jadi, jom kita belajar sikit jenis kopi.

1. Espresso

Espresso cawan saiz kecil saja.

Dua jenis pelanggan akan order Espresso ni. Satu, newbie customer yang baru nak cuba minum kopi. Selalu dengar Espresso je kan. Selalunya kami akan bagitau Espresso ni gelas kecil sangat dalam 30 ml dan hanya pure extract coffee supaya tukar order lain. Tak berbaloi kalau tak pandai minum.

Kedua, regular customer yang memang pandai minum espresso. Cara minumnya kena slurp bersembur dalam mulut laju-laju supaya semua kopi memenuhi mulut, baru dapat rasa kopi sebenar dan perlu diminum dalam kurang 30 saat untuk rasa yang paling kaw sebelum crema-nya (minyak kopi) tersejat ke udara. Crema ini yang dikejar oleh coffee lover. Contohnya Mr M yang tibai 6-7 Espresso shot setiap kali datang. Level gila kopi.

Baca: Kopi Ini Sangat ‘Kaww’ Sehingga Boleh Buat Anda Berjaga Selama 18 Jam

2. Cappuccino

Ni pun ramai newbie suka order sebab ni juga yang mereka selalu dengar. Capp cumalah espresso shot + susu sikit je dan foam yang banyak. Secara teori, foam tersebut untuk preserve crema (minyak kopi) espresso untuk tahan lama.

3. Cafe Latte/Flat White

Bila ada latte, maksudnya espresso shot + susu segar yang dipanaskan dalam jumlah yang banyak. Jika ditambah dengan choco/ caramel/vanilla/dark choco maka jadilah Mocha Latte/ Caramel Latte/ Vanilla Latte/ Double Chocolate Latte.

Secara jujur, anda pilihlah kumpulan kopi ini jika untuk minum kopi biasa-biasa sambil baca buku/berborak/selfie masuk Instagram untuk like.

4. Americano

Americano ialah espresso shot + air panas sahaja. Tiada susu. Bahasa kampung Kopi O. Jika dicampur dengan hazelnut (badam) , dipanggil Hazelnut Americano. Sesuai untuk yang tak suka susu.

Ada banyak lagi jenis kopi lain seperti Dopio, Lungo, Red Eyes, Long Black, Affigato etc tapi cukuplah 4 jenis kopi untuk panduan anda membeli kopi mahal di CBTL/Starbuck dll.

Tanya saja barista kalau tak pasti. Rugi bayar mahal-mahal tapi dapat kopi yang tak sesuai dengan lidah anda. Aku tak apa sebab dapat kopi free setiap hari.

Nota: Kalau salah, mohon betulkan. Saya cuma noob barista.

Baca lagi: Kopi Daripada Hasil Tinja Gajah Ini Kini Adalah Yang Termahal Di Dunia

Artikel di atas disumbangkan oleh Sahel Akmal. Beliau merupakan graduan perubatan, 'coffee barista' separuh masa dan penulis bersama buku Aku Budak Medik 3.0: Stetoskop. Boleh ikuti beliau di sini.
TERDAPAT 3 KOMEN
  • Pro

    yang tulis ni pun newbie je aku tengok. banyak info salah. baru jadi barista berapa bulan ?

    cara nak minum espresso yang betul kena minum sekali dengan sparkling water. yang terus sip dalam 30 saat siapa ajar ko ?

  • Terbaiklah tips ni. Siap gambarajah mudah fhm lagi

  • Teringin nak rasa kopi ni sebenarnya tapi apakan daya tak boleh minum kopi kalau tak perut masuk angin. sedih betul haha.