Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan penemuan subvarian Omicron baharu yang dipanggil Subvarian Centaurus BA.2.75.

Subvarian baharu ini telah mencuri perhatian pakar dari semua negara kerana sehingga kini varian Omicron terus bermutasi dan menyebabkan potensi penularan yang tidak diketahui bila akan berakhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

WHO kini telah memasukkan subvarian baharu ini ke dalam kategori VOC-LUM, iaitu singkatan kepada Variant of Concern (VOC) Lineage Under Monitoring (LUM) – atau dalam erti kata mudah, varian dalam kategorikan membimbangkan dan mendapat perhatian umum oleh pakar.

Pada masa ini, senarai VOC-LUM merangkumi pelbagai subvarian Omicron iaitu BA.2.12.1, BA.2.9.1, BA.2.11, BA.2.13 dan BA.2.75. Selain itu, terdapat juga dua keturunan subvarian BA.1 dan BA.2 Omicron iaitu daripada BA.4 dan BA.5.

Bagaimanapun, bagi Centaurus, WHO melaporkan agak sukar untuk mengesan subvarian baharu ini kerana hanya terdapat kira-kira 200 jujukan genom BA.2.7.5 dari 14 negara. WHO sendiri akui bahawa pemahaman organisasi itu tentang subvarian baharu ini agak terhad.

Menurut laporan Fortune, subvarian Centaurus ini telah tersebar luas di India dan pertama kali direkodkan di negara tersebut pada awal Jun 2022, bersaing dengan subvarian BA.5 Omicron di seluruh dunia.

Tambahan pula, India melaporkan bahawa 23 peratus sampel COVID-19 yang disusun sejak awal Julai oleh GISAID merekodkan penemuan subvarian baharu ini.

Saintis di sana menyatakan bahawa subvarian baharu ini lima kali lebih berjangkit daripada varian asal. Ini berlaku selepas pihak berkuasa kesihatan India merekodkan peningkatan jangkitan COVID-19 daripada 15,000 kepada 19,000 dalam tempoh 10 hari lalu.

Tom Peacock, ahli virologi di Jabatan Penyakit Berjangkit di Imperial College di London, dalam ciapannya di laman Twitter berkata Centaurus dikategorikan sebagai membimbangkan kerana terdapat pertumbuhan pesat dan penyebaran geografi yang luas.

Pakar juga merujuk kepada subvarian ini sebagai subvarian “generasi kedua”, kerana subvarian Centaurus dibangunkan daripada subvarian Omicron BA.2.

Setakat ini, subvarian baharu ini telah dilaporkan di kira-kira 10 negara iaitu Australia, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, New Zealand dan United Kingdom.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, 2 kes BA.2.75 telah dikesan di Amerika Syarikat, dengan yang kes pertama dikenal pasti pada 14 Jun 2022.

Bagi Ketua Saintis WHO, Dr. Soumya Swaminathan berkata bahawa penularan, risiko, dan kesan subvarian baharu ini masih tidak diketahui.

Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk penyelidik meramalkan sama ada jangkitan BA.2.75 akan memberi kesan buruk atau sebaliknya kepada mereka yang dijangkiti.

Untuk rekod, Centaurus bukanlah nama rasmi yang dikeluarkan WHO bagi subvarian baharu ini. Tidak jelas siapa yang memberi nama panggilan “Centaurus”, lapor Forbes.

Namun, Centaurus ini diambil daripada perkataan “centaur”, makhluk mitos iaitu separuh manusia dan separuh kuda.

Pakar ramal varian Omicron bakal jadi petanda pandemik COVID-19 akan berakhir. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pakar Ramal Varian Omicron Bakal Jadi Petanda Pandemik COVID-19 Akan Berakhir

Pekerja ‘Offshore’ Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif COVID-19 Selepas Dua Kali Ujian

Ubat COVID-19 Berbentuk Pil Dari Pfizers Diuji Pada Manusia, Bakal Digunakan Pada Akhir Tahun Ini?