Bahasa dan loghat sesuatu kawasan memainkan peranan sangat penting untuk menyampai mesej kepada penduduk setempat. Sekaligus ia memudahkan orang ramai memahami dan ‘melekat’ pada mesej yang hendak disampaikan kepada mereka.

Terbaharu, tular beberapa video berbeza menunjukkan van dan kenderaan pikap berjalan di kawasan perumahan sambil membuat hebahan melalui pembesar suara mengenai kepentingan mematuhi SOP dan mendapatkan vaksin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1405442130592419843?s=20

Menurut laman Facebook Melaka Hari Ini, beberapa video yang tular itu merupakan hasil inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Melaka menerusi Hebahan Unit Bergerak atau Info On Wheels (IOW) dalam meningkatkan pendidikan norma baharu kepada masyarakat setempat.

Disebalik suara hebahan yang bersahaja dan mesra menggunakan ‘loghat Melaka’ itu, ia disampaikan oleh Cikgu Amir yang merupakan seorang guru di SMK Seri Tanjung dan juga Johan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2021 anjuran JaPen yang baru berlangsung baru-baru ini.

vocket-hebahan-covid-19-loghat-melaka-3
Sumber Gambar: Facebook JaPen Melaka

Kerjasama di antara JaPen Melaka dan Cikgu Amir dibuat menerusi ‘voice over’ (VO) itu bagi memudahkan penduduk setempat lebih memahami mesej yang ingin disampaikan oleh pihak kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 dan meningkat jumlah penduduk setempat mengambil vaksin.

Menurut pengarah JaPen Melaka, Mohd Rizal Hashim menyatakan bahawa penduduk setempat menyifatkan usaha itu amat bagus dalam mendidik orang ramai dan pada masa yang sama seramai 590 individu telah mendaftar vaksin hasil usaha IOW tersebut.

https://twitter.com/Syhrtq_/status/1405495939171688450?s=20

Inisiatif tersebut ternyata turut meraih perhatian pengguna media sosial di pelbagai platform. Rata-rata orang ramai sangat terhibur dengan cara penyampaian bersahaja dan mesra dengan menggunakan loghat Melaka.

Perkara ini diakui sendiri oleh Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Masyarakat, JaPen Melaka, Nurhasnani binti Abd Wahab apabila video hebahan tersebut tular di media sosial, pihak IOW menerima permintaan dari orang ramai untuk datang ke tempat mereka untuk membuat hebahan seperti itu.

“Kita melihat orang ramai memberi perhatian apabila kita datang dan baru-baru ini kita menggunakan dialek Melaka penduduk macam teruja dengar sampai tular di media sosial.

“Usaha kami ini kecil jika nak dibandingkan dengan yang lain namun masyarakat perlu memainkan peranan sendiri untuk mengikuti segala arahan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)”, terang Nurhasnani.

Kepetahan Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia berbahasa Melayu dalam telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Petah Berbahasa Melayu, Duta Besar Amerika Syarikat Ke Malaysia Ini Curi Tumpuan Netizen

Fasih Berbahasa Melayu Dan Nyanyi Negaraku, Cikgu ‘Mat Salleh’ Ini Rupanya Pernah Mengajar Di Kedah