Sekiranya beberapa bulan lepas kita dikejutkan dengan Ransomware Wannacry yang telah mengakibatkan puluhan juta pengguna Windows menjadi mangsa, kini muncul lagi sebuah Malware yang memfokuskan kepada pengguna Android iaitu CopyCat Malware.

Difahamkan malware yang baru sahaja menular ini sudah menyerang lebih 14 juta pengguna Android seluruh dunia ketika ini dan kemungkinan akan bertambah dari semasa ke semasa. Lebih menakutkan, hampir separuh daripada mangsa CopyCat Malware ini terdiri daripada pengguna yang berada di Asia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

copycat-by-the-numbers

+CopyCat-Infographics_all

Berdasarkan apa yang dikongsikan, CopyCat Malware merupakan sebuah malware dimana ia mampu mengawal smartphone Android pengguna dengan sendirinya membolehkan malware ini menekan iklan yang tersedia di beberapa aplikasi dengan sendirinya. Melalui cara ini, pengeluar malware ini mampu mengutip sehingga $1.5 juta USD hasil daripada keuntungan iklan.

Dalam pada itu, difahamkan malware ini tidak akan memberi kesan sekiranya anda menggunakan smartphone Android anda dengan selamat. Berikut merupakan dua tips mudah anda boleh ikuti bagi mencegah daripada sebarang serangan malware yang tidak diingini.

1. Kemaskini smartphone anda

nexus-update

Mengemaskini smartphone Android anda kepada versi yang terbaru juga merupakan inisiatif yang baik untuk mengelakkan daripada terkena sebarang serangan yang tidak diingini. Hal ini kerana Google komited memberi kemaskini security terbaru kepada smartphone Android meskipun anda menggunakan smartphone yang sedikit lama seperti Samsung Galaxy Note 2.

2. Muat-turun aplikasi hanya melalui Google Play Store 

play-store-icon-new-may-2017

Apa yang lebih penting, anda haruslah bijak memilih aplikasi yang ingin dimuat-turun ke dalam smartphone anda. Pastikan anda dapatkannya di Google Play Store dan elakkan daripada install aplikasi yang dimuat-turun secara sengaja atau tidak pada smartphone Android anda.

Kongsikan artikel ini kepada rakan atau keluarga anda yang menggunakan smartphone Android untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa yang seterusnya.

Sumber