Malam ini akan berlangsungnya perlawanan pusingan suku akhir untuk kempen Piala Dunia 2018 di mana Uruguay akan menentang Perancis dan Belgium pula akan menentang Brazil.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Bukan sahaja skil dan gol pemain menjadi perhatian dunia, malahan rambut setiap pemain juga menjadi ikutan peminat-peminat di serata dunia. Rambut mereka pula sentiasa cantik dan kadangkala terfikir, ada masa pula mereka pergi ke salon rambut untuk memotong rambut.

Buat pemain pasukan Belgium terutamanya, mereka tidak perlu risau kerana mereka mempunyai barber yang diterbangkan khas dari kota London. HD Cutz adalah barbershop paling terkenal di kalangan pemain bola sepak terutamanya buat kalangan pemain English Premier League.

Antara pemain bola sepak yang sering menggunakan servis HD Cutz adalah Raheem Sterling, Xherdan Shaqiri, Johan Djorou, Stephan Lichsteiner, Radja Nainggolan dan ramai lagi. Usain Bolt juga adalah salah seorang customer mereka.

Khas untuk Piala Dunia ini, mereka menerbangkan salah seorang barber mereka khas untuk menggunting rambut pasukan Belgium. Tetapi di sana, mereka bukan sekadar menggunting rambut pemain pasukan Belgium, tetapi pemain dari negara lain juga jika mendapat permintaan.

Jadi di sini terjawablah persoalan mengapa rambut setiap pemain sentiasa dalam keadaan kacak sahaja. Jika anda akan ke London dan mahukan potongan rambut dengan pasukan HD Cutz, bolehlah membuat temu janji dengan mereka. Kalau pemain bola terkenal pun cari mereka ini, harga untuk setiap sesi pastinya mahal. Tetapi hasilnya, anda akan jadi sekacak pemain bola sepak di Piala dunia.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group