I wanna be the very best
Like no one ever was
To catch them is my real test
To train them is my cause

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Mendengar intro lagu ini sahaja untuk boleh mengingatkan kepada siri Pokemon yang banyak menghiasi nostalgia khususnya 90’s kids. Ditambah pula dengan nyanyian yang sungguh semangat beliau sedikit sebanyak membuatkan siri Pokemon ini lebih epik dan awesome.

maxresdefault

Ramai yang tidak tahu lelaki ini merupakan penyanyi asal lagu siri Pokemon siri pertama tersebut. Sedar tidak sedar sudah hampir 2 dekad lagu tersebut dinyanyikan buat pertama kali. Jason Paige sendiri tidak sedar lagu tersebut mampu menjadi fenomena sehingga kini meskipun Pokemon yang kini sudah melangkah musim ke-18 tidak lagu menggunakan lagu nyanyian beliau.

Kisah sedih beliau bermula apabila Jason sekadar menerima bayaran buat pertama kali sahaja untuk menyanyikan rakaman lagu tersebut. Dalam erti kata lain, beliau tidak lagi berhak menerima sebarang wang royalti atas lagu tersebut. Jason juga gagal untuk menerima daripada Spotify meskipun lagu tersebut menerima hampir 15 juta plays selepas kehadiran Pokemon GO.

jason-paige-images

Mungkin bukan rezeki Jason Paige untuk menerima wang royalti hasil daripada nyanyian epik beliau melalui siri Pokemon. Dalam pada itu, lagu OST Pokemon nyanyian beliau tetap diingati buat semua penggemar Pokemon.

Berikutan kejayaan beliau melalui lagu tersebut, Jason Paige telah menerima undangan untuk bekerjasama bersama penyanyi terkemuka iaitu Aerosmith, Enrique Iglesias serta turut dipilih sebagai backup vocals Michael Jackson. Ternyata beliau benar-benar maksudkan apabila menyanyikan ‘I wanna be the very best’.

Melangkah usia 47 tahun pada tahun ini, Jason Paige sekali lagi bakal bekerjasama bersama francais Pokemon untuk menyanyikan secara live pada Rockwell #GottaCatchEmAll yang akan berlangsung pada 28 Julai di Los Angeles.

Dalam kita menantikan video performance Jason Paige, jom kita layan dulu aksi yang sungguh passionate daripada beliau menyanyikan lagu OST Pokemon.

 

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group