Anda mungkin pernah menonton rancangan Who Wants to Be a Billionaire (WWTBAM) versi Malaysia yang pernah diacarakan oleh Jalaluddin Hassan pada tahun 2000 sehinggalah pada tahun 2002.

Tetapi tahukah anda bahawa rancangan ini sebenarnya dilahirkan di Amerika Syarikat pada 16 Ogos 1999 dan mengakhiri episod mereka pada Jun tahun ini – umur WWTBAM ketika ini adalah 21 tahun. Dan hari ini kita menerima berita sedih apabila hos pertama rancangan tersebut, Regis Philbin telah meninggal dunia pada umur 88 tahun.

Baca Juga:

Sepanjang beliau mengacara rancangan ini, antara episod paling ikonik pernah terjadi sepanjang tertubuhnya rancangan WWTBAM ini adalah bilamana Philbin bertemu dengan John Carpenter, seorang peserta dan juga pemenang pertama wang tunai bernilai $ 1,000,000.

Menjadi episod yang paling diingati dan paling popular dalam sejarah WWTBAM, Carpenter berjaya memukau penonton apabila menggunakan talian hayat pada soalan terakhir yang bernilai $ 1,000,000 hanya untuk memberitahu ayahnya bahawa dia bakal membawa pulang wang kemenangan.

Siapa Sebenarnya John Carpenter?

Beliau berasal dari Hamden, Connecticut dan bekerja sebagai seorang ejen atau pemungut cukai untuk Internal Revenue Service. Carpenter dicemuh oleh para penonton semasa pertama kali dia mendedahkan bahawa dia adalah agen untuk IRS.

Dibesarkan oleh ayahnya yang bekerja sebagai penganalisis komputer untuk Jabatan Hal Ehwal Veteran dan ibunya yang bekerja sebagai pembantu pentadbiran untuk Massachusetts Audubon Society.

john-carpenter

Dia yang mendapat ijazah dalam bidang ekonomi pada tahun 1990 di Universiti Rutgers sebenarnya bukanlah peminat kepada rancangan WWTBAM. Dia mula memasang niat untuk memasuki rancangan ini apabila dia menonton sendiri rancangan tersebut semasa makan malam bersama teman serumahnya.

Carpenter merasakan bahawa soalan-soalan yang diajukan kepada peserta adalah senang dan bukanlah soalan yang memerlukan akal fikiran pada peringkat tertinggi. Jadi apa yang dia lakukan ketika itu adalah dengan menelefon rancangan terbabit dan menawarkan diri untuk masuk bertanding.

NAMES_CARPENTER_t800

Selebihnya semuanya adalah sejarah. Dia berjaya menjadi peserta pertama WWTBAM yang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai $ 1,000,000. Dia juga mencatat rekod apabila berjaya sampai ke soalan terakhir tanpa menggunakan sebarang talian hayat.

Carpenter juga adalah pemegang rekod kemenangan terbesar dalam sejarah rancangan televisyen Amerika Syarikat. Namun rekod ini berjaya dipecahkan oleh Rahim Oberholtzer yang berjaya memenangi $ 1.12 juta dalam kuiz rancangan televisyen, Twenty One.

Terdahulu, kami telah menulis tentang Dina Sanichar, seorang lelaki yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Temui Dina Sanichar, ‘Tarzan’ Versi Sebenar Yang Dibesarkan Oleh Sekumpulan Serigala

Kisah Anak Kepada Orang Ketiga Terkaya Di Malaysia Yang Memilih Untuk Menjadi Sami Buddha