Baru-baru ini sebuah Majlis Santapan Diraja telah dianjurkan bersempena dengan pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah diadakan di Istana Negara. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Raja-Raja Melayu, kerabat diraja, Sultan Brunei dan isteri, perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta pasangan, menteri-menteri kabinet, duta dan perwakilan asing.

Menerusi perkongsian gambar dari Facebook House of Pahang, kelihatan beberapa kerabat diraja telah mencuri perhatian ramai. Berikut merupakan beberapa orang kerabat diraja yang mungkin belum dikenali ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Antara yang menjadi tumpuan ramai pada majlis berkenaan ialah adinda Yang di-Pertuan Agong ke-16 sendiri, Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Tengku Fahd menjadi bualan ramai disebabkan oleh ketampanan paras rupanya. Tengku Fahd merupakan putera kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultanah Kalsom Abdullah.

2. Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim

Penduduk Pahng mungkin sudah mengenali putera kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri ini. Untuk pengetahuan ramai, Tengku Amir Nasser merupakan putera angkat yang juga merupakan anakanda bongsu kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Ibrahim.

Tengku Amir sudahpun berkahwin dengan Yang Mulia Puteri Suraiya Afzan, anakanda kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato Hajah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad Shah.

3. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah

Tengku Ahmad Ismail merupakan putera kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Pahang dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tengku Ahmad Ismail merupakan pasangan kembar kepada Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah yang merupakan puteri keempat keluarga tersebut.

https://www.instagram.com/p/BxSC_2eHTFi/

4. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajjah Dato’ Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Tengku Hajjah Dato’ Aishah merupakan anakanda kepada Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Tengku Ampuan Afzan, kekanda Al-Sultan Abdullah yang ketiga.

5. Yang Amat Mulia Paduka Besar Puteri Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar

Yang Amat Mulia Tungku Zabedah merupakan anakanda kepada Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, yang juga merupakan kekanda ke-2 kepada Raja Permaisuri Agong.

6. Cik Puan Sofie Louise Johansson

Suri hati Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra antara yang mencuri perhatian ramai dengan kejelitaannya. Cik Puan Sofie berkahwin dengan Tengku Mahkota Kelantan pada 19 April lalu di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.

7. Datuk Dennis Muhammad Abdullah

Suami kepada Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim yang berasal dari Belanda ini pertama kali tampil dikhalayak umum dengan berpakaian mess kit. Beliau menerima pujian daripada orang ramai melihatkan keterampilannya yang segak dan tampan itu. Beliau dinikahkan dengan Tunku Tun Aminah pada 14 Ogos 2017 lalu.