Kalau anda sudah menonton drama Korea terbaharu dari Netflix berjudul Sweet Home, pasti anda kenal pada wajah jejaka ini. Sungguh sopan dan taat kepada agama namun mempunyai sejarah hitam, watak Jung Jae-heon yang ‘memaniskan’ lagi drama Sweet Home ini telah berjaya membuat penonton ‘sangkut’ kepadanya.

Oleh tu, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah geraangan jejaka tampan ini? Hari ini kami akan kenalkan anda kepada Kim Nam-hee, pelakon berbakat yang telah menghidupkan watak yang disayangi ramai ini.

sweethome-00031
SUMBER: DRAMABEAN

Siapakah Kim Nam-hee?

662e311974c5c095868541e8922f914e-d5e0ce2f37e61fb6a771270052d08f52-901e9ff445123fe6fab778f14ca10f20
Sumber: IDN Times

Dilahirkan pada tahun 1986, pelakon yang mempunyai ijazah dalam jurusan Teater dan Filem ini merupakan pelakon di bawah naungan DAY Entertainment.

Oleh kerana minatnya yang besar kepada bidang lakonan, Nam-hee telah mula mengambil kelas berlakon sejak dari zaman persekolahan lagi, iaitu ketika beliau berada di tahun ke-3 sekolah menengah.

Sama seperti pelajar sekolah yang lain, Nam-hee turut berasa risau tentang masa depannya. Oleh itu, beliau tidak memasang niat yang besar untuk menjadi seorang pelakon dan lebih memilih untuk bersikap realistik.

Tahun 2012 merupakan tahun di mana Nam-hee memulakan langkahnya di dalam bidang seni lakonan menerusi filem Tribulation. Sayangnya, filem tersebut tidak membuahkan untung.

Kejayaan Nam-hee dalam industri bermula ketika beliau membintangi drama bersiri Guardian: The Lonely and Great God atau yang lebih dikenali sebagai Goblin. Drama tersebut merupakan drama pertama yang dilakonkan oleh beliau.

y-d5e0ce2f37e61fb6a771270052d08f52-41bbeb262fab30da0f4fb54460acda4c
SUMBER: IDN TIMES

Meskipun wataknya bukanlah besar, watak itulah yang menemukan pelakon ini dengan pengarah kepada drama Sweet Home yang kini sedang hangat diperkatakan.

Nam-hee mungkin tidak sama terkenal seperti pelakon Korea yang lain seperti Lee Dong-wook atau Jo In-sung, tapi beliau turut mempunyai beberapa watak yang meninggalkan kesan kepada penonton sepanjang kariernya sebagai seorang anak seni.

Antara wataknya yang wajar diberi pujian ialah sebagai Mori Takashi, seorang penjahat dari Jepun dalam drama Mister Sunshine dan juga Pyo Joon-soo, seorang bekas kekasih yang clingy dalam drama Search: WWW

Menurut Nam-hee, beliau tidak pernah kisah jika watak tersebut baik atau jahat kerana baginya, setiap watak ada sebab disebalik kewujudannya.

asbvdfabdsg-d5e0ce2f37e61fb6a771270052d08f52-5ff91245db080b561b5fb791b90ebff1
SUMBER: IDN TIMES

“Setiap watak, baik atau jahat, mempunyai tujuan dan sebab kenapa ia wujud,” ujar Nam-hee dalam sebuah temu bual.

Melihat kepada pendekatan yang dipilih Nam-hee dalam pemilihan tajuk, boleh diruuskan bahawa jejaka ini merupakan seorang pelakon yang cukup versatile.

“Apabila berlakon, saya tidak pernah mempersoalkan tindakan watak tersebut. Sebaliknya saya melihat tindakan mereka sebagai sesuatu pilihan yang dibuat berdasarkan personaliti watak itu,” jelas Nam-hee lagi.

Apa pun, dengan kejayaan yang diraih menerusi drama terbaharu ini, harapnya bakal terus membuka pintu peluang kepada Nam-hee untuk berjaya dalam bidang lakonan. Bolehlah kita terus menatap wajah pelakon berbakat ini, kan?

Drama Sweet Home ini merupakan diantara drama yang tersenarai dalam senarai drama pilihan kami yang menarik untuk ditonton sepanjang bulan Disember 2020. Klik pada pautan di bawah untuk melihat senarai penuh!

6 Drama Korea Yang Menarik Untuk Anda Tonton Sepanjang Bulan Disember Ini

Lebih Seram Dan Aksi, Netflix Kongsi Trailer Rasmi ‘Sweet Home’ Yang Pasti Menghantui Anda