Semalam kami berkongsi satu berita tentang seorang pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang memenangi salah satu kategori dalam Hasselblad Masters 2018. Beliau menang dalam kategori Project melalui siri projeknya, ’21’.

Nabil Rosman adalah nama pemuda berkenaan. Beliau baru sahaja melangkau usia 18 tahun dan menurutnya, beliau sudah mula berjinak-jikan dengan bidang photography sejak di tingkatan dua lagi. Lebih menarik adalah beliau tidak pernah belajar secara khusus dalam bidang ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya sangat minat dengan bidang gambar ini. Terus terang ilmu yang saya belajar dalam mengambil gambar ini kebanyakkannya self-taught melalui majalah dan internet. Memang tak pernah masuk kelas photography sebab faktor keewangan khususnya,” kata Nabil.

https://www.instagram.com/p/Bd2k0xhhoDn/?taken-by=nabilrosman

Apabila ditanya tentang siri gambar ’21’ yang dihantar untuk penyertaan di Hasselblad Masters ini, itu adalah percubaan pertama beliau untuk pertandingan ini dan tidak berharap apa-apa pun. Siri ini lebih sekadar portfolio beliau untuk mengisi masa lapang selepas peperiksaan SPM (tahun 2016).

“Satu hari masa kami keluar untuk photoshoot, kami terjumpa satu rumah yang ditinggalkan dan usang. Kami rasa macam idea yang sangat menarik untuk buat pengambaran di sini. Ketika itu memang terlintas dalam fikiran nak buat satu siri bagaimana kalau seorang penagih dadah tinggal di sini.”

HasselBled 2
Antara gambar pertandingan Nabil Rosman dalam siri ’21’

“Siri ’21’ ini saya cuba masukkan gaya jurugambar Alex Stoddard dan gabungkan dengan bayangan dan hidup seorang penagih dadah. Dari situ saya mahu gambar ini bertema trapped soul, seorang lelaki dengan jiwanya terperangkap akibat dadah,” terang Nabil.

Nabil tidak meletakkan harapan tinggi dengan penyertaan beliau ini dan cuma mendapat email berkenaan pengesahan tarikh lahirna sekitar bulan October tahun lalu. “Tiba-tiba pada 9 Januari lalu, saya mendapat email memberitahu saya adalah salah seorang pemenang untuk Hasselblad Masters ini,” tambah Nabil.

https://www.instagram.com/p/BaRBuv3BCZN/?taken-by=nabilrosman

Beliau yang kini sedang melanjutkan pengajian untuk jurusan undang-undang masih belum membuat keputusan sama ada akan menumpukan secara serius dalam bidang ini.

Setiap pemenang Hasselblad Masters akan memegang title ‘Hasselblad Master’ dan akan menjadi duta jenama kamera ini selama dua tahun. Lebih menarik, setiap pemenang akan dihadiahkan satu kamera Hasselblad medium format untuk kegunaan mereka dan dijemput untuk merakam satu projek khas bersama Hasselblad.

Setiap pemenang akan diterbangkan ke majlis Photokina 2018 yang akan berlangsung di Cologne, Jerman untuk menerima anugerah, kamera serta trofi. Siapa yang tahu tentang jenama Hasselblad ini, pastu sangat tahu nilai dan kualiti yang dihasilkan oleh kamera ini.

https://www.instagram.com/p/BZLmp_7h-zZ/?taken-by=nabilrosman

Di usia baru menjangkau 18 tahun, ianya satu pencapaian yang hebat apabila anda berjaya mengalahkan ribuan jurugambar dari seluruh dunia untuk jadi salah seorang pemenang untuk anugerah yang berprestij ini. Selamat berjaya dan jalan terus, Nabil!