Masihkah anda ingat bilakah kali pertama anda minum bubble tea ?

Imej: The Hoya
Imej: The Hoya

Tahukah anda minum bubble tea itu adalah satu budaya moden minum teh dari luar negara?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Imej: Monash University
Imej: Monash University

Ini kisah orang pertama yang menjadikan budaya minum bubble tea sebagai satu cara hidup yang bergaya ke dalam Malaysia. Namanya ialah Bryan Loo, seorang bekas jurujual di syarikat bioteknologi. Dengan tanpa pengalaman di dalam bisnes makanan dan minuman (F&B) dia telah memutuskan membawa masuk bubble tea ke Malaysia dari Taiwan di bawah jenama Chatime.

Sifat Keusahawanan Tumbuh Dari Kecil Lagi

Loo mula minat berniaga pada usia 7 tahun. Semasa bersekolah di Perlis, dia mencipta buku komik dan kemudian menyewakannya kepada rakan kelas dengan caj RM0.50. Dari situ dia belajar mencari duit poket sendiri. Dia juga belajar tentang bisnes melalui ibu bapanya.

Tetapi apabila dia berpeluang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda, Loo memilih jurusan sains kerana mahukan kelainan. Loo meminati biologi dan bagaimana tubuh manusia dan binatang berfungsi. Jadi, dia mengambil jurusan bioteknologi di Universiti Monash.

Sekembalinya ke Malaysia, dia bekerja sebagai eksekutif jualan di StemLife, syarikat bioteknologi stem cell yang menyimpan darah tali pusat bayi baru lahir untuk kegunaan masa depan.

Imej: Chatime
Imej: Chatime

Selepas 2 tahun bekerja menjual produk orang lain, Loo mahu menjual produknya sendiri. Dengan latihan saintifik, pengalaman kerja dan minat terhadap bisnes telah membantu Loo memajukan bisnesnya. Loo juga menggunakan kemahiran penyelidikan dan pembangunan untuk mengkaji perisa baru sama ada bersesuaian atau tidak dengan citarasa orang tempatan.

Peluang Bubble Tea Di Malaysia

Loo melihat ada kelompongan di dalam industri F&B berkaitan air teh. Meskipun rakyat Malaysia sinonim dengan air teh tetapi tiada tempat yang baik dan moden untuk lepak dan minum air teh seperti Starbucks dan Coffee Bean di Malaysia.

Dalam masa yang sama, global dilanda penangan bubble tea yang berasal dari Taiwan. Bubble tea ialah sejenis minuman air teh Asia yang dicampurkan dengan susu atau sirap buah-buahan dan kebiasaannya ia mengandungi bebola ubi kayu.

Kepopularan budaya minum bubble tea telah membuka mata Loo sewaktu dia berada di Taiwan. Maka, selepas membuat kajian berkaitan dengan bubble tea, Loo telah mendatangi 10 jenama pembuat teh yang terkenal untuk melihat sama ada mereka mahu atau tidak membuka pasaran baru di Malaysia.

Sayangnya semua menolak idea Loo.

“Saya bertemu dengan mereka satu demi satu, saya ditolak.” – Bryan Loo.

Tetapi tuah Loo bermula apabila seorang kawan mengkhabarkannya tentang sebuah syarikat di Taiwan yang dikenali sebagai Zhi Qu Cha Tsai. Jalannya dipermudahkan apabila syarikat tersebut membuka peluang kepada Loo untuk berbincang.

Dipendekkan cerita, Loo berjaya membawa hak franchise Zhi Qu Cha Tsai ke Malaysia dan menjenamakannya semula sebagai Chatime supaya serasi dengan pasaran Malaysia. Kedai pertama Chatime dibuka pada September 2010, dan kini ia mempunyai 172 kedai dengan 880 orang staf di seluruh Malaysia.

Budaya Moden Minum Teh Di Malaysia

“Menjadikan minum teh sebagai satu budaya yang bergaya di Malaysia adalah satu cabaran.” kata Loo.

Ini kerana masyarakat sering mengaitkan bubble tea atau air teh susu mutiara yang dicampurkan dengan teh, sirap, mutiara ubi kayu, buah dan susu sering dikaitkan dengan gerai pasar malam.

Jadi, untuk menjadikan minuman berasaskan teh sesuatu yang bergaya, Loo mensasarkan golongan muda yang trendy dan ada kesedaran kesihatan serta suka minum kopi sebagai pelanggan Chatime.

Imej: Malaysia Most Wanted
Imej: Malaysia Most Wanted

Pada permulaan Chatime, Loo perlu meyakinkan pihak pengurusan pusat membeli-belah bahawa Chatime akan menarik orang ramai sebagai pelanggan seperti mana Starbucks.

Imej: Go Makan
Imej: Go Makan

Semua usaha itu berbaloi apabila kini Chatime menyediakan 1.2 juta cawan teh setiap bulan dan pendapatan tahunan mencecah lebih RM100 juta.

Imej: Vulcanpost
Imej: Vulcanpost

Selepas kejayaan Chatime, Loo yang bekerjasama dengan isteri (pengawal kewangan syarikat) kini mempunyai rangkaian piza dan mesin air sparkling yang pertama di Malaysia.

Imej: Malaysian Foodie
Imej: Malaysian Foodie

Ini menunjukkan Loo tidak akan berhenti mengembangkan bisnesnya dan sentiasa berusaha menjadi contoh dan usahawan yang berjaya supaya satu masa nanti syarikatnya akan membolosi pasaran di negara ASEAN yang lain.

Ikuti temubual Bryan Loo tentang Chatime di sini:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber