Di Malaysia, siapa sahaja yang tidak mengenali kaca mata Rayban. Kaca mata ini meamng sudah terkenal sampai menjadi starter kit bagi pengantin lelaki Melayu, traveller dan ramai lagi.

Tahukah anda kaca mata yang terkenal dalam hidup kita ini adalah perniagaan yang sangat besar dimiliki oleh Del Vecchio, seorang hartawan Eropah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau memulakan syarikat seawal usia 25 tahun dan kini memiliki kekayaan peribadi mencecah $23.4 billion (RM98 bilion). Pada usia 7 tahun, anak penjual sayur di Itali ini telah dihantar ke rumah anak yatim kerana ibunya tidak mampu membiayai anak anak mereka lagi seramai 5 orang.

Akan tetapi usaha Del Vechhio membuahkan hasil apabila kini beliau sudah pun menjadi salah seorang bilionair terkemuka di seluruh dunia. 

FILE PHOTO: Sunglasses from Ray Ban are on display at an optician shop in Hanau
Sumber: Financial Times

Setiap kali orang mencari kaca mata, pastinya pilihan mereka adalah Ray-Ban, Oakley. Kebanyakkan jenama ini sebenarnya milik Essilor Luxoticca yang pengasasnya adalah Del Vecchio.

Untuk pengetahuan, Essilor Luxottica sebenarnya adalah gabungan dua syarikat terbesar dalam industri iaitu Essilor & Luxoticca. Mereka membentuk syarikat kaca mata terbesar di dunia yang mempunyai 150,000 pekerja di seluruh dunia.

Jenama mereka, iaitu Ray-Ban & Oakley merupakan top brand dalam industri eyewear di dunia. Lebih menakjubkan lagi apabila billionaire Ray-Ban, Leonardo Del Vecchio telah pun bersetuju untuk membeli syarikat pesaing mereka iaitu Grandvision pada harga $6.1 billion. Pada tahun lepas keuntungan bersih GrandVision adalah $4.52 billion.

C_2_articolo_3199477_upiFoto1F
Sumber: Neuck

Dengan acquisition ini, mereka berpeluang membuka 7200 rangkaian dan memberikan 37,000 peluang kerja secara global. Lebih menyeronokkan apabila pekerjanya terdiri dari pelbagai negara yang aktif seperti Europe, Latin America & TImur Tengah serta 70% daripadanya adalah wanita.

Justeru, Essilor Luxottica pasti akan melangkah lebih jauh dengan pembelian GrandVision. Luxoticca Group adalah syarikat pembuat kacamata di Itali dimana mereka juga mendapat hak eksklusif untuk edisi terhad seperti Giorgio Armani, Michael Kors dan Prada. Dengan dominasi sebegini dalam pasaran, Del Vechhio akan lebih berkembang dengan jayanya.

Kisah Del Vechhio harus menjadi inspirasi kepada anak muda di luar. Bagaimana dengan bermula susah, hari ini beliau memiliki kekayaan $23.4 bilion.
Jika anda ingin membaca artikel bagaimana graduan ijazah hidup susah kini salah seorang billionaire di dunia, boleh klik di sini.

Artikel bisnes lain daripada Faiz Azizan:

SpaceX Dan Tesla, Perbandingan Dua Syarikat Gergasi Kendalian Elon Musk