Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berjaya menarik perhatian dunia apabila beliau ‘turun padang’ menemui keluarga mangsa tragedi tembakan di Christchurch. Sebelumnya, beliau melakar sejarah sebagai pemimpin pertama membawa bayi perempuannya masuk ke dewan Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika persidangan tersebut, Jacinda menerima pujian daripada pemimpin-pemimpin yang menyertai persidangan tersebut. Mereka memberi respon positif dan mengalu-alukan kehadiran Jacinda dan Neve memandangkan tidak ramai pemimpin wanita yang berani melakukan perkara demikian.

Komitmen yang diberikan demi membela rakyatnya membuatkan seluruh warga New Zealand percaya akan kemampuan beliau. Jacinda merupakan pemimpin wanita kedua yang melahirkan bayi dalam tempoh menjawat jawatan sebagai perdana menteri selepas perdana menteri Pakistan, Benazir Bhutto.

image

Beliau juga merupakan perdana menteri termuda di dunia yang dilantik pada usia 37 tahun. Sebelum menjawat jawatan tersebut, Jacinda terkenal sebagai seorang DJ muzik dan pernah membuat persembahan selama 45 minit pada festival muzik Auckland’s Laneway.

Perjalanan politik beliau bermula ketika menyertai Parti Buruh dan berjaya memegang tampuk kepimpinan seterusnya bekerja keras bersama pasukannya sehingga berjaya memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara Kiwi.

Beliau berjaya menambat hati rakyat di negara tersebut dengan caranya tersendiri iaitu sering menemui rakyat dan berusaha sehabis baik untuk mengotakan janjinya kepada rakyat. Terbuktilah bahawa rakyat New Zealand tidak memandang latar belakang pekerjaan pemimpin, tetapi memilih pemimpin yang benar-benar menjalankan amanat rakyat.

Insiden tembakan yang berlaku di New Zealand minggu lalu mencalarkan imej New Zealand sebagai salah sebuah negara paling aman di dunia. Namun Jacinda tenang mengawal situasi yang berlaku di negaranya dan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengawal keselamatan negaranya.

Terbaru, sebagai langkah berjaga-jaga Jacinda mengharamkan penggunaan senjata semi-automatik dengan gred tentera di kalangan penduduk New Zealand supaya tragedi berdarah di Christchurch tidak akan berulang lagi.

Tengah hari ini juga, azan turut akan berkumandang di stesyen television New Zealand bagi menghormati mangsa yang terkorban ketika insiden tembakan rambang minggu lalu. Pujian harus diberikan buat Jacinda yang memberitahu dunia bahawa rakyat New Zealand mengeji tindakan terrorism dan sentiasa bersatu walau badai melanda.

Sumber