Pasti ramai dah tonton iklan raya terbaru Tenaga National Berhad (TNB) tahun ini kan? Alah, iklan yang Aida mahu pulang berhari raya tetapi penuh dengan dugaan tu. Kalau tak lihat lagi, bolehlah tengok di bawah ini.

Ramai berpendapat iklan TNB ini adalah yang paling win di antara video-video raya yang keluar tahun ini. Memang lain macam hebat iklannya. Iklan keluaran TNB sempena Tahun Baru Cina juga sangat awesome. Jadi kami pun terfikir, siapalah team di sebalik karya-karya hebat ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah membuat kajian, team di sebalik iklan-iklan hebat ini adalah Reservoir Production (RP). Mengikut informasi yang terdapat pada laman Facebook mereka, RP ditubuhkan pada tahun 2004 dan sudah berpuluh iklan dihasilkan untuk syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia.

RP ditubuhkan oleh Chow Chun Son dan Ryan Khoo dan bersama mereka, beberapa orang direktor hebat antaranya Quek Shio Chan, Ismail Kamarul, Philip Rom dan ramai lagi. Setiap mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan nyata menghasilkan iklan-iklan setanding produksi luar negara. Di bawah ini adalah beberapa iklan yang pernah mereka hasilkan sebelum ini.

Bukan hanya iklan, mereka juga hasilkan short film yang hebat yang anda boleh tonton di sini. Karya RP turut menang banyak kategori di Kancil Award 2017 baru-baru ini.

Apa pun, keep up the good work team RP. Karya-karya anda sentiasa menghiburkan rakyat Malaysia setiap kali musim perayaan berkunjung tiba. Berikan mereka support dengan like page Facebook mereka di sini. Go RP!