Bergelar saudara baharu dalam Islam atau mualaf di usia terlalu muda bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditempuhi, lebih-lebih lagi jika masih berlindung di bawah jagaan daripada ahli keluarga yang pastinya bukan beragama Islam. Namun, pernah atau tidak, anda mendengar kisah adik Rudy atau nama Islamnya, Muhammad Muzammil yang memeluk Islam pada seawal usia 9 tahun?

Disebalik namanya, ada kisah inspirasi yang menggerakkan hati Rudy untuk memeluk Islam. Khabarnya, kanak-kanak kecil itu mula jatuh cinta kepada Islam selepas terlibat secara sukarelawan bersama ibunya, Claire Taylor dalam usaha membantu kerja amal memberikan sumbangan makanan kepada golongan gelandangan atau ‘Homeless Feed’ setiap hari minggu di United Kingdom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut perkongsian bebenang (thread) milik pengguna Twitter @BirdsOfJannah, kerja amal tersebut turut dibantu oleh salah seorang sukarelawan Islam bernama Muhammad Bilal. Difahamkan, Muhammad Bilal yang telah mengislamkan serta membimbing Rudy dalam mengucapkan dua kalimah Syahadah.

“Saudara kecil saya sudah bersedia untuk menjadi seorang Muslim, berpuasa dan solat, Ma Shaa Allah.”

“Jadi, kami berdua kemudiannya meminta keizinan daripada ibu Rudy terlebih dahulu sebelum mengislamkan Rudy.”

“Alhamdulillah, walaupun berlainan agama (Atheist, tidak percaya wujudnya Tuhan) namun ibunya masih menyokong sambil berlinangan air mata terharu dengan keputusan anaknya itu dan berkata “Saya akan terima apa sahaja keputusan Rudy dan kasih sayang saya terhadap dia sememangnya tidak akan pernah padam sampai bila-bila,” ujar Muhammad Bilal menerusi perkongsian di Instagram beliau.

Momen indah sewaktu Rudy memeluk Islam pada ketika itu sempat dirakamkan oleh Muhammad Bilal dan diabadikan menerusi perkongsian video di Instagram milik beliau.

Muhammad Bilal berkata bahawa Rudy merupakan mualaf termuda yang pernah dibimbing untuk mengucapkan Syahadah dan nama Muhammad Muzammil telah dipilih sendiri oleh Rudy sebagai nama Islamnya.

Nama indah Muhammad juga dipilih atas dasar memperingati nama indah Nabi Muhammad s.a.w. serta menyanjungi maksudnya yakni ‘yang terpuji, di rahmati’.

BeFunky-collage (85)
Kelihatan Rudy pertama kali melakukan solat berjemaah di masjid dan mempelajari huruf-huruf Al-Quran sambil ditemani ibunya. | Sumber: Twitter

Berharap kisah adik Rudy atau Muhammad Muzammil ini memberikan inspirasi kepada kita semua bahawa Islam itu agama yang indah. Semoga adik Rudy terus istiqamah mencintai serta mendalami ilmu agama Islam.

Sementara itu baca lagi perkongsian daripada kami mengenai beberapa kisah mualaf di luar negara menerusi klik pada pautan di bawah.

Seorang Nenek Dari Amerika Syarikat Masuk Islam Setelah Menonton ‘Sinetron’

Peluk Islam Selepas Main ‘Game Online’, Wanita Australia Mahu Kahwini Lelaki Dari Malaysia

Krisis COVID-19 Buka Hati Bintang MMA Untuk Peluk Islam