Sehingga kini, Apple merupakan jenama pilihan orang ramai. Bagi peminat setia Apple, jenama ini mempunyai kelas tersendiri berbanding jenama lain. Akan tetapi tahukah anda selain Steve Jobs, terdapat beberapa watak lain yang terlibat terus dalam pembangunan syarikat Apple.

Antaranya adalah Steve Wozniak. Pencipta dan pengaturcara yang mengilhamkan computer Apple Bersama Ronald Wayne. Wozniak juga membina model computer seterusnya iaitu Apple II yang menjadikan syarikat mereka terus menjadi peneraju dalam microcomputing.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →
Jobs & Wozniak At The West Coast Computer Faire

Sumber: TIME

Berkahwin dengan Jannet Hill, Wozniak merupakan anak kepada jurutera di Lockheed Martin dan sangat obses dengan rekacipta elektronik sewaktu kecil. Di zaman universiti, beliau bertemu dengan Steve Jobs buat kali pertama. Selepas berhenti di Hewlett & Packard, beliau memfokuskan membangunkan Apple selaku pembangun computer manakala Steve Jobs menguruskan pemasaran.

Selepas Apple disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat, Wozniak meletakkan jawatan di Apple dan meneruskan impian beliau sebagai seorang programmer. Selain itu, Wozniak turut menubuhkan beberapa startup tech sehingga berjaya digelar jurutera paling kreatif di Silicon Valley.

Steve_Wozniak_thumbs_up

Sumber: wikiquote

Pada tahun 1990, Wozniak bersama Mitchell Kapor menubuhkan organisasi menyediakan bantuan guaman untuk hackers. Sebuah autobiografi ditulis oleh beliau bertajuk, “From Computer Geek to Cult Icon: How I Invented the Personal Computer, Co-Founded Apple, and Had Fun Doing It”. Kini, beliau meneruskan minat sebagai chief scientist.

Yang lebih menarik tentang Wozniak, beliau adakalanya suka mengkritik rakan dan syarikat lamanya iaitu Apple. Baru baru, Wozniak mengeluarkan kenyataan dalam Cnet tentang monopoli syarikat besar dalam industry iaitu Apple, Amazon dan Microsoft.

steve-wozniak-2156-1120

Sumber: techcentral

Kata beliau lagi, beliau sangat berharap Apple berpecah mengikut beberapa division syarikat sejak dulu lagi. Beliau juga mengecam syarikat teknologi yang menggunakan voice assistant seperti Amazon’s Alexa dan Siri.

Walau bagaimanapun, Wozniak tetap suka kepada tech startup yang mencuba perkara baru, menyediakan solusi untuk masyarakat dunia. Jika anda ingin mendapatkan buku tentang seorang lagi partner dalam Apple iaitu, Jony Ive, boleh terus tekan di sini.

Artikel di atas disumbangkan oleh Faiz Azizan. Beliau merupakan seorang pengurus kepada studio fotografi, Bajiwoa Studio. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka