Pernahkah anda melihat atau mendengar spesies ulat yang hidup di dalam kulit manusia mahupun binatang? Ulat tersebut dikenali sebagai Human Botfly.

Lalat Botfly ini merupakan sejenis lalat kecil dan berbulu yang terdapat di Amerika Tengah dan Selatan. Ketika dalam fasa larva, ia merupakan parasit yang sangat ditakuti oleh haiwan dan manusia di rantau itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Google Image

Sebelum menjadi larva, telur-telur serangga ini dipindahkan ke dalam kulit manusia melalui liang roma. Dari situlah bermulanya kehidupan telur-telur Human Botfly ini sebelum menjadi larva. Larva ini dikatakan boleh hidup dimana-mana bahagian manusia seperti kaki, tangan dan telinga.

Persoalannya bagaimana telur-telur ini boleh disebarkan ke dalam kulit manusia? Telur-telur seranga ini biasanya disebarkan oleh serangga-serangga lain seperti nyamuk, lalat muscoid dan kutu. Serangga seperti nyamuk biasanya akan ditangkap oleh botfly betina semasa terbang dan kemudian bertelur di permukaan nyamuk itu.

Nyamuk ini kemudiannya akan melakukan rutin harianya iaitu menghisap darah. Dengan cara ini telur-telur botlfy dipindahkan ke dalam kulit manusia. Larva ini kemudiannya akan menggali lubang ke dalam kulit tuan rumah baru mereka melalui luka gigitan nyamuk atau folikel rambut. Larva akan hidup di dalam kulit perumah sehingga 12 minggu dan akan membesar.

Sumber Gambar: Twitter Shakina Ismail

Larva-larva ini hidup di dalam kulit manusia dengan menghisap darah dan memakan tisu-tisu badan. Mangsa akan berasa seperti digigit ketika larva-larva ini sedang makan. Lubang yang didiami larva ini kelihatan seperti jerawat atau bisul membuatkan manusia sering terlepas pandang.

Selepas 30 hari, larva ini akan merangkak keluar daripada kulit mangsa dan menjadi kepompong di dalam tanah, sehingga mereka keluar sebagai botfly dewasa dan kitaran ini akan berulang lagi.

Untuk membuang larva ini agak sukar kerana di sekeliling badannya mempunyai cangkuk yang dilekatkan di tisu-tisu badan manusia. Salah satu cara ialah dengan meletakkan daging mentah di permukaan lubang larva tersebut menyebabkan ian sukar bernafas lalu larva ini akan berpindah ke dalam daging mentah tersebut.

Kaedah kedua adalah dengan menggunakan khidmat doktor kerana mereka lebih arif dan pakar. Ini kerana, larva ini boleh meletup dan saki-bakinya boleh menjadi jangkitan.

Pencegahan yang paling berkesan adalah agak mudah dan senang. Semasa berkunjung ke Amerika Tengah dan Selatan, anda perlu menyapukan krim penghalau serangga dan memakai pakaian perlindungan untuk mengelakkan digigit oleh nyamuk atau kutu.

Ketahui bagaimana bubuk jawa mampu menghilangkan penyakit gout. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bagaimana Bubuk Jawa Mampu Menghilangkan Penyakit Gout Saya

Konsep Imuniti Dan Penggunaan Vaksin Menurut Pandangan Doktor Pakar Yang Anda Patut Tahu