Negara India kini sedang bergelut dengan wabak COVID-19. Namun ditengah-tengah kacau bilau ini, The Washington Post melaporkan bahawa terjadi satu kematian seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dijangkiti wabak Nipah di Kozhikode, Kerala, India. Kedatangan wabak ini menambah ketakutan umum yang sedang dilanda gelombang ketiga coronavirus.

Wabak Nipah ini tidak menular seperti COVID-19, tetapi ia mempunyai keupayaan untuk membunuh sesiapa yang menjangkitinya. Setakat ini, jabatan kesihatan di India melaporkan telah menjejaki 158 orang, di mana 20 dari mereka termasuk dalam kategori berisiko tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk anda yang tidak tahu. Nipah adalah virus zoonosis, yang bermaksud ia tidak dapat terbang dengan sendirinya. Ia biasanya disebarkan dari haiwan ke manusia. Haiwan yang biasanya dijangkiti virus Nipah adalah kelawar dan babi, lapor pinkvilla.com.

Tarun Sahni, Pakar Perubatan Dalaman, Indraprastha Apollo Hospitals, New Delhi berkata bahawa, “Sesiapa yang mungkin terkena babi atau kelawar kemungkinan besar akan terdedah.”

Manakala bagi tanda dan gejalanya pula. Ia mempunyai gejala yang lebih kurang seperti COVID-19. Iaitu batuk, hidung berair, demam dan mudah letih. Difahamkan, tahap perkembangan wabak ini tinggi dan disebabkan itu beberapa individu yang terdedah kepada wabak ini mempunyai risiko. “Hampir 70 peratus orang mampu dijangkiti virus ini,” kata Dr. Sahni.

Untuk mencegah diri anda daripada terdedah kepada wabak ini, anda disarankan untuk kerap mencuci tangan. Sentiasa membersih buah atau sayur-sayuran yang anda beli di luar atau yang anda tanam sendiri. Dan yang paling penting, elak diri anda daripada berhubung dengan mereka yang sudah disahkan positif oleh doktor.

Wabak nipah ini juga dikatakan boleh menjangkiti sesiapa sahaja. “Mungkin hanya dengan masa kita dapat membuat kesimpulan seperti itu, tetapi terlalu awal untuk mengatakannya sekarang,” kata Sahni.

Seperti permulaan COVID-19, virus Nipah juga masih belum mempunyai vaksin yang mampu melawan wabak ini. Difahamkan bahawa terdapat beberapa ubat yang kini sedang diuji oleh pakar perubatan bagi mengetahui lebih mendalam mengenai tindak balas wabak ini.

“Tidak ada protokol yang ditetapkan untuk mengubati virus Nipah. Tidak ada data yang mencukupi untuknya. Oleh itu, satu-satunya barisan pertahanan yang kuat adalah mengikuti semua langkah berjaga-jaga dengan segala cara, “kata Sahni.

Untuk rekod, wabak Nipah dikenal pasti pada tahun 1998, ketika wabak ini berlaku di kalangan penternak babi di Malaysia. Bagaimanapun, tidak ada wabak baru yang dilaporkan di Malaysia sejak tahun itu.

Wabak virus Nipah juga ditemukan di Bangladesh antara tahun 2001 dan 2011, dengan 196 orang dilaporkan dijangkiti dan 150 orang mati akibat virus tersebut. Penyakit ini juga telah dikenal pasti secara berkala di timur India.

Nipah mampu jadi ancaman virus baharu, pernah dikesan di Malaysia pada tahun 1998. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Nipah Mampu Jadi Ancaman Virus Baharu, Pernah Dikesan Di Malaysia Pada Tahun 1998

Mayat Mangsa COVID-19 Di India Mula Membusuk, Terbiar Di Tepi Sungai

Ribuan Orang Di India Disuntik Dengan Vaksin COVID-19 Palsu Berisi Air Garam