Ramai pengguna Apple Iphone familiar dengan suara Siri sejak ia dilancarkan 4 Oktober 2011. Adakah anda tahu siapa pemilik asal suara Siri?

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Dua tahun selepas pelancaran Siri, identiti suara asal Siri didedahkan oleh CNN pada 2013. Dia ialah Susan Bennett, soerang artis alih-suara (voice-over artist) di Amerika Syarikat. Dia telah mengakui suara Siri yang digunakan pada Apple Iphone untuk versi Amerika Syarikat adalah miliknya tetapi pihak Apple tidak mengesahkannya. Ia hanya disahkan oleh pakar forensik audio dan mereka yang pernah bekerja dengannya.

Sebenarnya Bennett tidak tahu suaranya digunakan untuk Siri kerana ia telah dirakamkan lebih awal sebelum Siri dilancarkan iaitu dalam tahun 2005. Dia hanya tahu tentang suaranya itu adalah Siri selepas seorang rakan menelefonnya.

Pada 2005, syarikat perisian ScanSoft mencari suara untuk satu projek baru dan berita itu sampai ke GM Voices yang menjalankan rakaman suara untuk teknologi automasi. Bennett dipilih dan ScanSoft menyukainya. Mereka memulakan rakaman pada Julai 2005 selama 4 jam setiap hari bagi membina suara untuk pangkalan data.

Pada Oktober 2005, ScanSoft dibeli dan dinamakan sebagai Nuance Communications iaitu syarikat yang diterima secara meluas telah menyediakan teknologi disebalik Siri kepada Apple.

Kisah selanjutnya boleh dibaca di laman web CNN: ‘I’m the original voice of Siri’ dan ‘Voice of Siri: How her life has changed’

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group