Nota Editor: Kenangan manis bersama Malaysia Airline System (MAS) ini telah dikongsikan oleh Nor Alwani Abdul Wahab (Wani) sewaktu beliau terbang bersama MAS ke beberapa destinasi.

Seperti ramai yang telah tahu, MAS kini di bawah pengurusan dan penjenamaan baru bermula 1 September 2015. Buat MAS, inilah ‘tribute’ daripada Wani dan Vocket. Keep flying high Malaysia Airlines!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mas-11    mas-15

Ini kisah yang saya nak kongsikan. Sebuah kisah penghargaan, sebuah kisah kasih sayang, sebuah kisah suatu penghormatan.

Saya terpangggil menceritakan kisah ini untuk kita menghargai apa yang telah mereka buat kepada kita, kepada insan-insan yang gigih menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Walaupun pernah tersungkur dan rebah, tetapi mereka bangkit kembali demi sebuah maruah. Malaysia Airlines, nama yang begitu rapat dengan kita.

Saya bukan siapa-siapa di kalangan keluarga besar MAS. Saya hanya penumpang yang sering mendapat perkhidmatan mesra MAS, sama ada dalam urusan kerja atau persendirian, MAS tetap menjadi pilihan hati.

Idea dan inspirasi untuk membuat ‘token of love‘ ini saya dapat daripada seorang teman Facebook saya yang berkongsi coretan berkenaan perkara ini.

Saya pun terfikir “eh, aku selalu naik MAS, mereka layan punya la baik. Boleh juga buat some token of love kepada mereka – all the cabin crew. Ye la, sekarang ni musim yang sukar buat mereka. Jadi dengan sedikit pemberian ini mungkin inilah masanya untuk membuatkan mereka kembali tersenyum.”

mas-16

mas-14

Masa pertama kali buat token of love. Flight dari KL ke Bangkok

1st token of love saya buat masa flight ke Bangkok. Masa tu saya tunggu semua orang keluar. Sambil tu susun skrip nak cakap apa. Ye la, 1st time. Kot-kot dia orang tak terima malu jugak.

Last-last saya redah je bagi. Alhamdulillah mereka suka. Siap ambil gambar lagi lepas tu. Bila dah berjaya, ha… mula la gian nak buat lagi.

Seronok buat orang tersenyum. Biarlah melabur sikit, asalkan kebahagian tu ada. Seronok kan buat orang bahagia dan gembira.

Baca: Dramatik Chaos Datuk Bandar London Dan Krew Malaysia Airlines MH2 Dengan Penumpang Mabuk Dalam Penerbangan 13 Jam

mas-12

mas-1

Masa balik pula, saya bagi some sourvenier. Di balasnya kacang dekat 100 bungkus. Untung kawan-kawan yang join sekali. Dapat la habuan masing-masing sikit seorang.

Yang paling saya ingat masa flight ke Langkawi. Saya bagi token masa memula naik flight. Untung sebab dapat special treatment. Kejap-kejap datang borak. Kejap-kejap bagi kacang. Yang bestnya, captain siap buat special announcement;

Hello good afternoon, this is your first officer Abd Rahman. we are the cabin crew of the flight today want to say thanks to a lady who give the sweetness token of love to us. We really appreciate it and keep flying with Malaysia Airlines”.

mas-10

Gitulah lebih kurang. Walaupun orang tak kenal tapi muka merah la jugak menahan malu. As a change, macam biasa bekalan kacang dan pelbagai lagi snek.

Habuan atau return from the cabin crew bukanlah matlamat utama. Tetapi buat mereka gembira sudah cukup memberikan kepuasan kepada saya.

mas-2   mas-5

mas-6

Ada di kalangan mereka yang mungkin ke tempat kerja tidak di hantar dan pulang tidak di sambut berbanding kita yang sering di temani dengan penuh sanak saudara ke mana-mana destinasi. So, senyuman mereka satu kepuasan maksimum bagi saya.

Masing-masing ada cara untuk menghargai dan hanya ini yang saya mampu lakukan untuk menunjukkan rasa penghargaan kepada mereka.

Mereka sedang melalui saat-saat sukar dan getir. Mereka memerlukan kita untuk bersama-sama mengharunginya.

mas-8

Kad dari MAS tu masa saya dan rakan saya balik dari Perth ke KLIA. Kad ni memang saya sayang betul sampai buat frame gantung kat opis.

MAS, tiada siapa yang pernah menerbangkan jalur gemilang di awan biru lebih lama darimu. Ke mana-mana destinasi dunia kau jugalah yang kami cari.

Melihatmu di samping nama-nama gah antarabangsa, kagum di dalam hati tetap ada. Menemui kelibatmu, seperti sudah melihat wajah ibu dan ayah melambai pulang. Kau telah pergi jauh.

Terima kasih untuk selamanya. Jangan pernah tunduk tetapi teruslah berlari hingga ke hujungnya. Thank you MAS… MH – Malaysian Heart

Friends, let spread the love in the sky.
Nor Alwani Abd Wahab

Baca lagi: Sajak Ucapan Selamat Daripada Seorang Warga Kerja Malaysia Airlines

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram