Apabila doktor sendiri mempersoalkan kenapa nak jadi doktor, anda patut baca ini agar lebih memahami kerjaya mereka.

2947057184_9870e3c348

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Kerjaya Doktor memang satu pekerjaan yang mulia dan dihormati masyarakat.

Namun, diri doktor itu sendiri perlu kuat untuk mengharungi tugas dan tanggungjawab yang berkaitan dengan status kesihatan seseorang dan juga nyawa.

Mereka juga berdepan dengan tanggapan dan harapan masyarakat.

Walaupun penuh ranjau dan berduri, pengakhirannya itu yang buat doktor terus bersemangat meneruskan perkhidmatannya kepada manusia sejagat.

Baca ini; kata-kata seorang doktor muda yang dimuatnaik di Facebook:

Kenapa Aku Nak Jadi Doctor? 

Lepas aku habis 1st posting idea gila keluar kononnya nak buat puisi . Dah masuk tahun ke dua and still survive. And nak share to my beloved adik2 yg akan masuk x lama lagi. HO life…togather we survive

Kenapa aku nak jadi doctor

Kenapa aku nak jadi doctor?
Padahal
pergi kerja sebelum matahari naik
Lepas isyak baru ko reti nak balik
Malam baru nak lelap mata dah pagi nak kena bangun balik

jadi doktor nak kena guna otak 24 jam
Tak pandai nanti semua orang geram
Time ward round memanjang jer diam
Sampai habis posting mo specialist pun tak cam
Silap haribulan “I extend u 3 month”
Huhu bukan aku tak pandai cuma aku tak paham
Kang pening plak diorang aku tanya macam 2
Mujur ader jugak teman seperjuangan
Huh macam nak nangis jer kadang2

Patient skang dah pandai demand
Nak nak yang macam macam ragam
Nak treatment yang bukan2
Tu belum lagi yang suka bagi arahan
‘Doktor discharge note saya bila nak siapkan
saya dok menunggu sampai nak pitam
Pening aku nak melayan
Tue belum lagi yang terlebih manja
Nak dilayan macam raja
Walhal dok 3rd class jer
Habis orang di buat cam bibiknya
Sakit jer sikit , di buat nya mengada2
Custemor is a always right itu lah yg diorang selalu guna
Sabar jer lah , nak buat camner

Jadi doktor katanya gaji tinggi
Alahai jangan lah ko bermimpi di siang hari
Cukup bulan kadang2 makan jer maggi
Bayar itu ini , duit baki letak celah gigi
Tapi duit kat mak bapak boleh juga aku bagi
Adik beradik boleh gak aku belanja kfc
Takper duit tu berkat duniawi dan ukhrawi
Alhamdulillah…Syukur rezeki Ilahi

ehh kejap …ermm kenapa aku nak jadi doktor ?
sebab…
Hari2 ko balik mesti ader benda baru ko belajar
Mo , Speclialist tak putus asa nak bagi ko pandai
Kawan tak reti kedekut ilmu semuanya nak di ajar
Misi2 selelu remind kalau kita tak sedar
Kadang2 ajak makan bila dia nampak kita lapar

Happy bila nampak satu keluarga berkasih
Sebab si ayah baru dapat satu lagi baby yang putih
Si atuk hernia nya baru saja pulih
Si adik baru saja boleh bertatih
Patient tak putus2 ucap terima kasih
Habis kedua2 tangan aku di raih
Katanya maaf kalau dia buat aku letih
Takpa , dah tugas aku seorang doktor pelatih
Tak pasal2 senyum aku meleleh2

Dr M
CNY

Nota: HO = doktor pelatih, MO = doktor

Sumber: Dr M

LIKE The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka