Zaman sekarang ni, macam-macam kita boleh buat untuk kekal aktif. Contohnya berlari di taman, berbasikal dan ke gym untuk mendapatkan latihan profesional bersama jurulatih berpengalaman. Namun, tak ramai yang keep track dengan aktiviti kecergasan masing-masing kerana kurangnya pendedahan terhadap teknologi terkini. Memang rugi!

Bagi anda yang belum tahu, baru-baru ini HUAWEI telah melancarkan smartphone flagship terakhir mereka iaitu siri HUAWEI Mate 30. Ia mendapat pujian dan sambutan hangat gara-gara rekaan, prestasi dan keupayaan kameranya ketika mengambil gambar.

Bukan itu saja, ia juga dilengkapi fungsi kolaborasi multi-screen dan pengguna boleh menyambungkannya dengan jam pintar WATCH GT 2 yang mempunyai ketahanan bateri cukup lama, reka bentuk eksklusif dan fungsi bantuan sukan serta kesihatan pintar untuk membantu penggunanya kekal cergas.

Jam pintar padat dengan fungsi

HUAWEI_Watch-GT2_Creative-still_6_JPG_20190807-671×378

Ramai orang pilih WATCH GT 2 ni sebab ada banyak tema tersedia di paparan utama untuk penggunanya sesuaikan mengikut senario. Malah, ciri paparan sentuh dan mod operasi butang yang ada turut membolehkan pengguna menyemak kadar degupan jantung, tekanan pada diri dan pergerakan setiap hari.

Menggabungkan kelebihan teknikal HUAWEIWATCH GT 2 mampu memberi peringatan kepada penggunanya sekiranya jantung berdegup kencang atau rendah. Ia juga mampu menjalankan pemeriksaan premature beat dan ujian ketepuan oksigen darah.

9H9A4957-671×447

Selain 15 mod sukan, terdapat juga beberapa mod gym dan pemantauan degupan jantung ketika berenang pada WATCH GT 2. Malah, ia juga mampu mengira bilangan langkah yang diambil setiap hari dan memainkan lagu ketika bersenam.

Dilengkapi 15 mod sukan

9H9A3914-671×447

WATCH GT 2 menyokong sehingga 15 mod sukan, ini termasuklah 8 outdoor (berlari, berjalan, mendaki, berbasikal, trail running, open water dan triathlon) dan 7 indoor (berlari, berjalan, berbasikal, berenang, freedom training, elliptical machines dan rowing machines).

huawei-watch-gt2-indoor_elliptica_mobi-671×671

Cuma connect WATCH GT 2 dengan HUAWEI Mate 30 atau mana-mana telefon pintar yang menyokong aplikasi HUAWEI Health, anda boleh nikmati keseronokan bersenam sama ada indoor atau di gym. Senang kan?

Satu sentuhan untuk jawab panggilan, mainkan lagu

u4YMVuV8ZxJk4troi3NYq4-768-80-671×377

Bagi anda yang sentiasa on-the-goWATCH GT 2 ni memang sesuai sebab ia disertakan speaker dan microphone yang kalis air untuk setiap aktiviti kecergasan anda. Tak kiralah anda tengah berlari, berjalan atau mendaki, jawab panggilan dengan satu sentuh dari jam pintar, mudahnya!

WATCH GT 2 turut disertakan storan besar yang mampu menyimpan sehingga 500 lagu. Kalau anda install HUAWEI Music App dalam smartphone, anda boleh susun lagu pada jam dan buat playlist kegemaran!

190906_Greyling_HUAWEI_IFA_2019_Print_04_111841__I_17824-671×447

Nak lagi best, sambungkan WATCH GT 2 dengan Bluetooth headset HUAWEI Freebuds 3, jadi anda boleh dengar lagu sambil berlari, bersenam dan berbasikal tanpa perlu membawa telefon!

72852998_2593048984074762_1622245891144417280_o1-671×377

Jawab panggilan dan berbual dengan HUAWEI X GENTLE MONSTER

GM-X-HUAWEI_B_S1-671×449

Satu lagi inovasi hebat rekaan HUAWEI yang anda wajib ada iaitu HUAWEI X GENTLE MONSTER. Kaca mata keluaran HUAWEI ni bukan sebarang kaca mata, tapi membolehkan anda untuk menjawab panggilan dan bercakap lebih dari 2.5 jam untuk sekali charge. Hadir dengan bekas yang tersedia bateri di dalamnya, anda boleh charge kaca mata HUAWEI dan boleh berbual dengan rakan selama 8 jam!

Anda cuma perlu tap tepi bingkai kaca mata HUAWEI X GENTLE MONSTER untuk menjawab panggilan, lepas tu berbuallah dengan jelas melalui dua mic dan speaker di bahagian tepinya. Ia juga menyokong fungsi voice assistant tau!

HUAWEI Mate 30 Pro: Pemprosesan pantas dengan cip generasi baru

MKT_Mate30Pro_Lifestyleimage_Product_-Silver-Horizontal_EN_HQ_RGB_0813-671×336

Bila dah ada Watch GT 2HUAWEI X GENTLE MONSTER dan HUAWEI Freebuds 3, anda kena ada HUAWEI Mate 30 Pro. Barulah lengkap ekosistem HUAWEI!

Kalau anda nak tahu, HUAWEI Mate 30 Pro adalah model pertama yang dihasilkan dengan cip siri Kirin 990 generasi baru dan terdapat juga model dengan versi baseband 5G Kirin 990 5G (hanya boleh didapati di China buat masa ini). Cip pemprosesan 7nm mampu mengendalikan pelbagai tugasan dari merakam video 4K HDR sehinggalah aplikasi AI.

Ia turut mempunyai ciri UFS 3.0 yang lebih pantas dan cekap berbanding generasi sebelumnya, namun kurang penggunaan kuasa yang menjimatkan bateri. Selain itu, antara muka EMUI 10 pada HUAWEI Mate 30 Pro yang memberikan paparan aplikasi terperinci, membolehkan pengguna melaraskan penggunaan kuasa optimum mengikut penggunaan aplikasi setiap hari.

Nikmati ekosistem terbaik dari HUAWEI hari ini!

Anda dah ada HUAWEI Mate 30 ProHUAWEI X GENTLE MONSTERWATCH GT 2 dan HUAWEI Freebuds 3? Tahniah, anda dah memasuki ruang ekosistem terbaik dan paling dipercayai yang ditawarkan HUAWEI. Sekarang, anda hanya perlu “One Tap to Share” untuk memindahkan fail dari telefon ke komputer riba dengan mudah dan pantas! Bestnya!

Huawei-Smart-Life-BM-1920x1080px-671×377

Berikut adalah harga untuk setiap device yang disenaraikan di atas:

  • Siri HUAWEI Mate 30: Bermula dari RM2,799 (RRP)
  • HUAWEI Matebook 13: Bermula dari RM3,599 (RRP)
  • HUAWEI WATCH GT 2: Bermula dari RM799 (RRP)
  • HUAWEI X GENTLE MONSTER: RM1,599
  • HUAWEI Freebuds 3: RM679
  • HUAWEI WiFi Q2 Pro: 499

Tunggu apa lagi? Gaya hidup pintar bermula dari anda bersama HUAWEI. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HUAWEI Mate 30 ProHUAWEI X GENTLE MONSTERWATCH GT 2 dan HUAWEI Freebuds 3 yang admin kongsikan tadi, layari laman web dan Facebook HUAWEI. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Ketahui lebih lanjut pengalaman masa akan datang dengan peranti terbaru HUAWEI Smart Life! Turut dikongsikan kejayaan model Mate 30 Pro yang berjaya dinobatkan kamera terbaik oleh DxOMark. 

Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!

Huawei Mate 30 Pro Berjaya Dinobatkan Kamera Terbaik Oleh DxOMark

Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok