Jenaka adalah salah satu cabang hiburan untuk kita menenangkan diri setelah seharian penat bekerja. Ia seolah salah satu cara meditasi yang dapat membantu kita untuk kekal fokus.

Namun, jenaka juga ada batasnya. Terutama sekali apabila ia melanggar keperibadian dan sensitiviti kita sebagai seorang manusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, melalui perkongsian yang dilakukan oleh Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail, beliau telah meminta semua rakyat Malaysia untuk berhenti menggunakan gambar di atas sebagai bahan jenaka.

Dalam satu hantaran yang turut dikongsi oleh PU Rahmat Ikhsan, beliau menyatakan bahawa adalah tidak wajar untuk kita mengambil gambar seseorang lalu dijadikan bahan jenaka tanpa mengetahui kisah disebalik gambar tersebut.

“Gambar diatas ialah gambar kawan saya bernama Zulkifli bin Mohd Noor di Pondok Upeh, Balik Pulau, P.Pinang, kawan saya ini dirakam gambarnya menangis begitu sayu ketika menceritakan peristiwa Tsunami pada tahun 2004.

“Didalam tragedi itu saudara Zul kehilangan 5 anak-anaknya sekaligus termasuk anak tunggal lelaki dalam keluarganya semasa Tsunami membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang,” katanya.

Dia turut mengingatkan agar kita tidak bertindak secara semberono dengan menggunakan gambar orang lain yang kita tidak tahu sejarah atau kisah disebalik gambar terbabit.

Selain daripada PU Rahmat Ikhsan, beberapa netizen di media sosial lain turut mengingatkan orang ramai agar berhenti menggunakan gambar tersebut untuk dijadikan bahan jenaka.

Kisah Zulkifli

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh The Star, Zulkifli yang bekerja sebagai pemandu bas tinggal di Pantai Pasir Panjang, Balik Pulau, Pulau Pinang. Tempat di mana dia kehilangan lima anaknya pada tahun 2004 disebabkan tragedi Tsunami.

Lima anaknya yang terkorban ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5. Manakala anaknya yang terselamat ialah Siti Fairuz, dan Siti Zulaikha.

“Ini adalah pertama kalinya dalam dua minggu saya membawa keluarga saya ke pantai.

foto-awani-1-1

“Kami tidak sering ke pantai, mungkin sekali atau dua kali sebulan, tetapi kerana itu adalah minggu terakhir cuti sekolah akhir tahun, saya memutuskan untuk membawa mereka ke sana.

“Saya masih ingat memegang lengan Zulaikha ketika buaiannya terjerat di antara dahan pokok sementara Fairuz memegang sebatang pokok ketika ombak besar melanda.

“Saya kadang-kadang mendengar jeritan anak-anak saya sebelum saya tidur dan ketika saya menghadapi perkara-perkara yang mengingatkan saya kepada mereka,” katanya, sambil menambah bahawa keluarganya tidak pernah menjejakkan kaki ke Pantai Pasir Panjang sejak tragedi 2004 itu.

Muka lelaki India dengan misai tebal sering jadi bahan jenaka, siapa sebenarnya dia? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Muka Lelaki India Dengan Misai Tebal Sering Jadi Bahan Jenaka, Siapa Sebenarnya Dia?

Kisah Sebenar Lelaki ‘The Terminal’ Yang Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 18 Tahun

Kenali John Carpenter, Seorang Ejen Dan Pemenang Pertama ‘Who Wants to Be a Millionaire’