“Jangan haraplah boleh.”

“Awak tu kecil, mana boleh lawan.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Berhenti jelah, balik kampung tanam lobak.”

Juddy Hopps
Juddy Hopps

“Mana pernah keluarga kita buat begitu.”

“Bahaya tu, buat yang senang-senang jelah.”

“Saya tak peduli! Buat sahaja apa yg diarahkan.”

Melihat Judy Hopps, Si Arnab Comel yang tetap tekad mengejar impian walaupun berkali-kali dilemahkan semangat dan ditakut-takutkan… membuatkan saya tersenyum dan terdetik di hati…

“Macam biasa je situasi ni…”

Berlatar-belakang keluarga petani, Judy Hopps ingin menjadi seorang polis. Pastinya impiannya mendapat tentangan orang tuanya yang lebih suka dia menjadi petani untuk menyambung tradisi.

Dengan badan yang kecil, kekuatan fizikal pastinya bukan pilihan. Dia cuba dan dia tewas! Namun Judy Hopps tidak patah semangat. Dia tahu “kekuatan fizikal” bukan pilihannya.

Kali ini Judy Hoops ubah strategi. Dia bangkit dengan menggunakan kreativiti dan kecerdikan beliau untuk maju ke hadapan sehingga berjaya menjadi arnab pertama yang menjawat jawatan polis.

Hari pertama melapor diri di Bukit Aman Zootopia, rupa-rupanya rakan-rakan polisnya semuanya berbadan sasa! Pastinya rakan-rakan polis merendahkan dia, termasuk IGP Zootopia sekali. Semua rakan sekerja dapat tugasan yang hebat belaka, tugasan dia hanya cari kesalahan trafik!

Diberi sasaran 100 saman sehari, Judy Hopps menetapkan sasaran 200 saman sebelum tengah hari dan dia berjaya!

Dan selepas itulah kisahnya semakin menarik apabila dia bertemu Nick si musang yang licik yang cuba membeli aiskrim dengan ‘anak’ comelnya. Bermulalah kisah Judy Hopps dan Nick bekerjasama sehingga berjaya menyelesaikan kes paling ‘misteri’ di Zootopia!

Stop! Sudah tu!

Nanti jika saya cerita lebih, marah pula sahabat yang tidak menonton lagi.

Zootopia, walaupun kisahnya lucu dan menghiburkan.. ia penuh dengan mesej untuk kita tidak mengalah dan putus asa. Jika kita dah tetapkan impian kita, terus usaha sampai berjaya! Jalan terus!

Jika sahabat yang rasa down dengan dugaan dan cabaran, tontonlah Zootopia untuk “recharge” tenaga minda anda!

Yang pastinya, saya sudah “full”!