Disebabkan lapar pagi tadi, singgah sebentar di McDonalds Bandar Baru Bangi. Teringin nak makan set breakfast. Tiba-tiba perasan pula ada khemah di perkarangan tempat letak kereta di sebelah McDonalds ni. Terdetik hati untuk pergi tengok. Punya seronok hati sebab rupanya-rupanya di bawah bumbung khemah penuh lautan kasut!

Secara kasar, terdapat anggaran lebih 500 pasang kasut sedang yang dikelaskan mengikut gred dan jenama. Walaupun anda cuma ada bajet RM50, anda tetap boleh beli. Jadi anda boleh berbelanja ikut kemampuan. Setakat yang saya sempat servey, semuanya saiz untuk orang dewasa dan tiada kasut untuk kanak-kanak. Antara jenama yang ada adalah Nike, Puma, New Balance, Adidas, Dr.Martens, Diadora dan pelbagai lagi jenama dan jenis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Converse
Converse
Adidas
Adidas
Vans
Vans
Safety boots
Safety boots
Riding boots
Riding boots
Work Shoes
Work Shoes
3 for RM150
3 for RM150
3 For RM100
3 For RM100

Paling saya geram sebab ada deretan kasut Red Wing vintage di bundle ini. Anda tahu kasut baharu Red Wing beharga ribuan ringgit. Di sini anda boleh beli dengan harga berpatutan bergantung pada kondisi.Saya lihat tadi ada beberapa model vintage Irish Setter ada di sini.

img_3095

Tips saya untuk anda memilih di bundle ini ialah cari rekaan kasut yang paling rare. Tadi saya jumpa kasut New Balance yang dibuat khas untuk US Army. Saya terlepas pandang sekejap sahaja, dan kasut berkenaan sudah diambil orang. Kecewa sungguh saya tadi. Dua kasut ini menarik perhatian saya kerana ianya vintage dan satu lagi adalah kasut collaboration; Nike Air Revadarchi dan Puma X BWGH. Nasib baik kasut-kasut ini bukan saiz saya.

Nike Air Revaderchi
Nike Air Revaderchi

Jadi kalau anda tiada rancangan apa-apa hujung minggu ini dan nak cuci mata tengok kasut bundle, bolehlah ke McDonald’s Bandar Baru Bangi. Waktu operasinya? Bundle Global Rare Sneakers ini akan beroperasi selama 24 jam dari semalam hingga esok (Ahad). Kalau anda nak pilih semasa jam 2 pagi pun tak ada masalah. Ikut kesesuaian anda. Selamat menyelam!