“Nama saya Ali,” anda bagitahu barista Starbucks.

Tapi anda tidak terkejut apabila cawan kopi yang anda terima tertulis, “Mali.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Itu kerana, barista Starbucks sengaja sentiasa salah eja nama pelanggan.

Tapi pernahkah anda terfikir kenapa?

Dalam video ini daripada pelawak Paul Gale, kita diberitahu sebab yang menarik dan power kenapa barista suka salah eja nama anda.

Bukan sebab mereka salah dengar atau mereka tidak pandai eja “Ali”. Tapi lebih daripada itu.