Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap pemandu kenderaan untuk mengikut peraturan jalan raya dalam memudahkan setiap pengguna. Pematuhan kepada undang-undang jalan raya turut dapat mengelakkan daripada risiko berlaku kemalangan.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah video perkongsian Twitter @isusemasaviral yang menyaksikan sebuah Perodua Myvi yang dihalang laluan oleh sebuah Toyota Hilux.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Meskipun berlaku halangan, lampu isyarat merah yang dipaparkan seharusnya tidak membenarkan Perodua Myvi untuk melintas jalan. Namun perkara yang tidak disangka ramai berlaku apabila Myvi tersebut secara selamba telah melanggar Toyota Hilux tersebut sebelum undur semula.

Menerusi video dapat dilihat Myvi tersebut belok ke kiri sedikit seiring dengan pergerakan Toyota Hilux tersebut untuk melalui laluan yang mahu dituju apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Kejadian yang mengejutkan serta penimbulkan pelbagai persoalan ini turut mendapat netizen yang turut hairan dengan tindakan yang dilakukan Myvi ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap insiden yang berlaku.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja mengundang kerosakan kereta sendiri malah memberi kesan kepada pemandu lain. Setakat ini masih belum diketahui tujuan asal Perodua Myvi pada awalnya melanggar Hilux tersebut.