Sekarang sedang hangat diperkatakan isu FashionValet milik Vivy Yusof diserang oleh netizen. Antara isu berbangkit adalah beliau mungkin sengaja mencatatkan rugi sudah 5 tahun. Ada yang marah, maki hamun dan tak kurang juga ada yang menyokong.

Apa isu Vivy dan FashionValet sebenarnya?

Merujuk kepada laporan FashionValet mengalami kerugian RM10 Juta dan angka lainnya seperti Retained Earning FV adalah RM26 Juta. Current Asset FV adalah 12.45 Juta manakala Current Liabilities FV adalah RM11.86 Juta. Reserves berjumlah RM28.299 Juta.

Salah satu faktor yang kita harus nilai adalah Current Liabilities FV yang tinggi. Boleh jadi pembiayaan dari penghutang mereka kerana kebiasannya industri fashion bergantung kepada kredit pembekal.

Manakala Retained Earning yang negatif memberikan kesan terhadap pengurusan memandangkan dividend cuma boleh diagihkan jika dalam keadaan positif (atau untung).

Dan harus diingatkan model bisnes melibatkan teknologi pasti menelan kos belanja yang tinggi jika bergerak dalam skala besar. Tanya sahaja pengasas startup tech tempatan kita berapa kos untuk develop dan maintain apps/web server. Adakalanya itu lah kos yang paling tinggi jika kita bukan developer atau pun technical founder.

Kenapa mengalami kerugian pun masih ada pelaburan yang masuk?

Seperti kebanyakan praktis, mana-mana firma pelaburan akan membuat perjumpaan terlebih dahulu sebelum melakukan pelaburan. Kemudian barulah proses acquisition dimulakan dengan due diligence, rundingan dan sebagainya.

Proses ini taklah semudah kita sangka kerana setiap firma pelaburan pasti mempunyai risk tolerance mereka sendiri. Merujuk buku Barbara Shark Tank, VC kebiasaannya mempunyai target 1 dari 30 syarikat yang menjadi unicorn. Merujuk kepada pelabur terkenal Paul Tudor Jones, risk reward beliau gunakan adalah 1:5 bermaksud (2 keuntungan dari 10 pelaburan).

Lain pelaburan lain penilaian mereka. Tetapi apa yang biasa mereka lihat dalam sesebuah startup.

#1 – Model bisnes dan produk yang unik.

Pertama sekali, perkara dilihat adalah produk dan model bisnes. Akan dilihat juga dari segi persaingan, keluasan pasaran dan sebagainya.

#2 – Pasukan juga adalah produk syarikat.

Kepakaran pasukan pun dilihat sama terutama dari sudut pembangunan teknologi. Biasa kita dengar, idea dia tak unik pun tetapi masih ada pelabur berminat. Boleh jadi kerana influence atau traction yang bakal dibawa oleh pasukan itu sendiri.

Ada pelabur melihat #1 sahaja, ada yang melihat kedua-duanya manakala ada yang melihat #2 sahaja. Tidak ada yang betul dan tidak akan yang salah kerana matlamat pelaburan mereka ke-arah jangka masa panjang.

Bukan seperti kita beli saham di bursa pagi ini, petang nanti berkelip hijau sedikit terus nak close position.

FashionValet

Kenapa FashionValet tidak IPO lagi?

Asasnya fasa startup mempunyai beberapa funding series. Daripada situ, startup harus mengejar investor untuk berkembang. Biasakan kita dengar, ada beberapa siri funding iaitu Seed Round sampai ke beberapa series seterusnya.

Sama juga seperti FashionValet, melalui proses yang sama. Dengan adanya VC Firm dan badan pelaburan besar yang melabur dalam FV, proses expansion lebih mudah dilaksanakan bukannya tertumpu kepada wang pelaburan semata-mata.

Sabar, perjalanan startup kan mengambil masa 7-10 tahun untuk IPO.

Grab sehingga sekarang tidak issue IPO lagi walhal dah funding round siri H dan pesaing global iaitu Lyft Uber dah pun disenarakan di pasaran US.

Berkaitan IPO pula, segala laporan akan dicatatkan dalam prospectus oleh underwriter. Dari situ, kita akan menilai apa yang akan dibuat oleh syarikat. Secara kasar, kalau untuk expansion, pelabur lebih berminat. Jika untuk hutang dan lain lain, pelabur lebih memilih untuk stay away.

Bolehkah FashionValet memenuhi kriteria untuk IPO? Saya tidak pasti. Jika lembaga pengarah mengatakan on track pasti tiada masalah untuk hal IPO ini.

Bagi ICO pula kita perlu semak white paper dan menilai apa yang bakal dibangunkan oleh syarikat terbabit. Dan adakah ia legit?

Untuk case study tempatan, tuan puan boleh merujuk HelloGold, startup yang issue ICO dan keep growing.

Kesimpulan.

Kita mungkin berbeza pandangan tentang isu tertentu terutamanya bila melibatkan hal Vivy dilantik menjadi BOD UiTM. Ada yang mengatakan beliau bukan alumni UiTM, tidak wajar kerana anak orang kaya dan sebagainya.

Namun harus kita akui juga, Vivy dilihat mampu memberikan motivasi yang lebih terhadap student UiTM. Jika kita merasa berang dengan perlantikan itu, seharusnya kita mencadangkan calon lain yang kita rasakan mungkin lebih credible selari dengan fokus revolusi industri 4.0.

Kemudian sebahagian kita akan mengatakan “Oh tak mengapa, Vivy ada connection dan lain lain.” Tetapi connection tidaklah menyumbang 100% peningkatan mana-mana startup. Sekuat mana pun kabel seseorang pasti kunci utama adalah fokus founders dan team itu sendiri.

Being an entrepreneur is like eating glass and staring into the abyss of death
Elon Musk

Connection dan popularity adalah gasoline yang memudahkan perjalanan startup bukan penyumbang utama kejayaan. Berapa ramai pula anak orang kaya yang keluarganya ada network yang bagus tetapi dipersia-siakan. Tidak pula kita sebut hal ini?

Tidak adil jika kita menyerang Vivy secara peribadi, mungkin lebih baik kita kritik model bisnes dan sebagainya kerana ketidaksempurnaan beliau, tetapi penulis lebih prefer melihat dari satu sudut pandangan yang dynamic dan tidak merujuk net losses semata mata.

Jika dikatakan kerugian FV faktor utama kebencian kita, saya rasa tidak patut kerana startup tech biasanya mengalami proses yang sama. Rugi dahulu untuk beberapa tahun kemudian barulah okay. Paling tidak, Vivy salah seorang yang membuktikan startup tempatan juga mampu berdaya saing dalam pasaran.

Jika mahu tempelak FV untuk melakukan bisnes rugi guna wang rakyat. Banyak lagi mereka yang ambil dana dari Kerajaan untuk buat bisnes tapi tak menjadi. Ada juga yang dapat dana terus beli kehidupan mewah, tapi bisnes tak jalan.

Ulasan ini ditulis oleh penulis yang merupakan seorang global macro investor dan sedang menjalankan beberapa startup kecil-kecilan secara bootstrap. Untuk membaca tulisan beliau, boleh terus ke InvestorMY.