Apakah ‘entiti’ yang paling menakutkan bagi anda? Bagaimana jika ‘entiti’ yang anda sering takutkan datang dan menghantui anda lalu melenyapkan anda? Bagaimana jika anda boleh tahu apa bakal terjadi kepada anda melalui sebuah buku?

Filem Scary Stories To Tell In The Dark ini merupakan satu filem yang diadaptasi daripada sebuah buku yang pernah diharamkan di Amerika Syarikat. Filem ini boleh dikatakan hits disebabkan jalan cerita dan vibes yang dibawanya.

Sedikit sinopsis tentang filem ini adalah ia mengisahkan tentang beberapa remaja yang telah menyelinap masuk ke rumah agam lama keluarga Bellows dimana ia adalah permulaan kepada kisah seram dan menakutkan yang berlaku kepada ramaja-remaja tersebut.

Scary-Stories-to-Tell-in-the-Dark-Zoe-Margaret-Colletti-Michael-Garza-Harold
Sumber: Google

Untuk pengetahuan anda, dipercayai Sarah Bellows yang juga merupakan ahli keluarga Bellows telah hidup terseksa dan mati di rumah tersebut, lalu ahli keluarganya hilang satu persatu tanpa dikesan. Apakah ‘rahsia’ yang terselindung dan tidak diketahui? Terbaharu, kami telah menonton awal filem ini dan filem ini bakal ditayangkan di pawagam berdekatan anda pada 19 September 2019.

Kami tidak mahu membuat ulasan panjang tentang filem Scary Stories To Tell In The Dark kerana kami rasakan ianya lebih baik jika kami hanya sekadar bercerita tentang pengalaman kami menonton filem ini dan menyentuh hanya beberapa aspek dalam filem ini sahaja. Jangan risau kerana tiada spoiler dalam penulisan ini.

1. Jalan cerita

_DSF4402.RAF
Sumber: Google

Boleh dikatakan filem ini agak ‘slow’ tetapi filem ini menjadi lebih menarik setelah misteri ‘kehilangan’ rakan mereka bermula kerana apa yang mereka takutkan mula melenyapkan seorang demi seorang.

Selepas itu, barulah aksi-aksi penuh debaran bermula. Adakah mereka akan terselamat daripada menjadi mangsa ketakutan mereka sendiri? Itu anda kena saksikan sendiri.

2. Character development

383547ef-61a3-44a9-aa5b-cdcc05cea6af-VPCTRAILER_SCARY_STORIES_YOU_TELL_IN_THE_DARK_THUMB
Sumber: USA Today

Kita dapat lihat yang flow pengenalan setiap watak digarap dengan baik. Disebabkan itu, tidak berlaku kekeliruan dan setiap watak dapat ditonjolkan dengan sangat baik kerana memiliki karakter-karakter tersendiri.

Malah, sudah namanya ‘Scary Stories’ pastilah ada elemen seram, bukan? Bagi kami, watak-watak ‘entiti’ yang ditampilkan memiliki kekuatan dan ceritanya tersendiri. Bagi kami, karakter entiti paling menakutkan adalah karakter ‘The Big Toe’.

3. Pengaruh Guillermo del Toro

scarystoriestelldark
Sumber: Google

Dapat dilihat pengaruh Guillermo del Toro sangat besar dalam filem ini. Kenapa? Terdapat 6 makhluk yang ‘mengerikan’ dalam filem ini yang kelihatan ‘real’ dan merupakan kemahiran Guillermo del Toro.

Visualisasi yang dipamerkan kelihatan ‘real’ dan smooth serta anda pasti akan terkejut dengan makhluk-makhluk yang diperkenalkan.

4. Pilihan lagu

Filem Scary Stories to Tell in the Dark ini telah dimulakan dan diakhiri dengan soundtrack yang ear catching. Lagu ‘Season of the Witch’ yang dinyanyikan oleh Lana Del Rey sangat bersesuaian dengan filem ini.

Untuk pengetahuan anda, versi original lagu ini dinyanyikan oleh Donovan dan pernah menjadi hits saat pertama kali dikeluarkan pada tahun 1966.

Walaupun filem ini adalah filem seram tetapi ia tampil dengan jenaka yang just nice. Bagi kami, filem ini tidak terlalu berat pengisiannya tetapi padat dengan adegan seram.

scary-stories
Sumber: NME.com

Laman kritik filem juga memberikan reaksi positif terhadap Scary Stories To Tell In The Dark dan kami memberikan 7.5/10 kerana plot cerita yang baik tetapi bagi kami penggemar filem seram mengharapkan lebih banyak babak jumpscare dalam filem ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa filem ini menyeramkan tetapi masih sedikit kurang elemen jumpscare. Lantaran itu, kami akan beritahu satu spoiler sahaja iaitu filem ini tiada end credit. Akan tetapi jika anda ingin menunggu sehingga ke akhir tiada masalah.

Jika anda penggemar filem seram, anda harus menonton filem ini. Di bawah ini kami senaraikan ulasan filem yang masih lagi ditayangkan di pawagam. 

’47 Meters Down: Uncaged’ Karya Yang Penuh Mendebarkan

‘Angel Has Fallen’ Pamer Aksi Lebih Mendebarkan