Akhirnya penantian peminat siri permainan video Final Fantasy berakhir apabila Final Fantasy XV berada di pasaran minggu lalu. Permainan video ini terjual 5 juta salinan dalam masa sehari ianya berada di pasaran! Ini menjadikan Final Fantasy XV sebagai permainan video paling laris dalam franchise permainan video ini.

https://twitter.com/SquareEnixUSA/status/804404508272885760

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahukah anda di sebalik permainan Final Fantasy XV ini, sebuah studio yang terletak di Malaysia terlibat dengan proses pembikinan game ini? Streamline Studios dipilih sendiri oleh Square Enix untuk proses pembangunan game ini. Awesome!

Baca : Studio Dari Malaysia Ini Terlibat Dalam Pembikinan Game ‘Final Fantasy XV’

Wan Hazmer adalah lead game designer untuk Final Fantasy XV dan menurut beliau, ianya bagaikan sebuah mimpi yang jadi kenyataan. Disebabkan beliau mempunyai kuasa besar dalam menetapkan apa yang perlu ada dalam Final Fantasy XV, beliau masukkan roti canai, teh tarik dan sate dalam permainan ini. Cool!

ff-2

ff1

ff-3

roti-canai-ff

Wan Hazmer ditugaskan untuk memberi elemen culture dalam permainan Final Fantasy XV ini dan beliau secara tidak langsung menyelit budaya kita di dalam permainan ini. Budaya yang dapat dilihat dalam permainan ini adalah budaya lepak atau santai yang biasa sangat kita lakukan hampir setiap hari. Kalau tak percaya anda kena mula bermain permainan video ini.

“Saya cuba juga untuk masukkan Orang Minyak dan Pontianak sebagai penjahat dalam siri ini, tetapi ditolak kerana idea orang jahat ini tidak sesuai untuk dunia Final Fantasy XV,” kata Hazmer. Walaupun ramai yang berpendapat ini cuma perkara kecil, tapi bagi pemain permainan video, ianya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana bukan senang untuk pengeluar permainan video membuat reference kepada budaya atau makanan dari Malaysia. Keep up the good work Wan Hazmer!