Anda semestinya tertanya-tanya mengapa harga tiket penerbangan menjadi sangat mahal dan dalam beberapa situasi lain, harga tiket dijual pada harga yang murah.

Sebagai contoh, persoalan yang sering bermain di dada media sosial – mengapa harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah atau Sarawak mampu melambung tinggi walaupun kedua-dua negeri itu milik Malaysia.

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

Untuk menjawab persoalan anda, jawapannya adalah overflight fees. Iaitu satu bayaran daripada syarikat penerbangan asing bagi menggunakan ruang udara sesuatu negara.

Tetapi mengapa Malaysia perlu membayar overflight fees sedangkan Sabah dan Sarawak adalah milik Malaysia? Sabar, kita akan ke perbincangan itu selepas ini. Tetapi sekarang, kita bawa perbincangan ini kepada skop yang lebih besar.

Overflight fees ini konsepnya sama seperti hak negara tersebut ke atas tanah milik mereka di mana mereka juga mempunyai hak ke atas ruang udara mereka.

Screenshot 2019-11-20 at 3.30.41 PM

Business Insider

Kebanyakkan negara ‘menyewa’ ruang udara kepada syarikat penerbangan asing bagi memberi kebenaran kepada mereka untuk terbang.

Bayaran ini bukan sahaja merangkumi hak ruang udara negara tersebut. Tetapi bayaran ini juga melibatkan perkhidmatan kawalan trafik udara.

Bagi bayaran melibatkan kawalan trafik udara, bayaran dikenakan adalah berbeza mengikut setiap perkhidmatan kawalan trafik udara di setiap negara.

Sebagai contoh, Kanada mengambil kira berat pesawat sebagai bayaran untuk khidmat kawalan trafik udara manakala Amerika Syarikat mengenakan bayaran mengikut jarak yang digunakan.

Terdapat sesetengah syarikat mengambil laluan penerbangan yang jauh bagi mengelak daripada dikenakan bayaran yang tinggi.

EJti3S5VUAA8M3d

Bagi menjawab persoalan di atas, tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah atau Sarawak menjadi mahal kerana kebanyakkan syarikat penerbangan terpaksa melalui ruang udara Singapura.

Beberapa bayaran perlu dilunaskan oleh syarikat penerbangan tersebut untuk melalui ruang udara Singapura sebelum sampai ke Sabah dan Sarawak. Bayaran tersebut merangkumi apa yang telah dibincangkan di atas.

Baca teknik dari kami untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

10 Teknik Rahsia Cari Tiket Flight Pada Harga Lebih Murah

Tawaran Beli Tiket Penerbangan Harga Murah Dengan Ejen, 6 Tip Agar Anda Tak Kena Scam

Anda Mungkin Suka