Hello ladies and gentlemen sekalian

Kali ni, aku nak kongsikan kenapa makan gaji sahaja tidak cukup. Aku bukan orang yang kaya, kalau campur saving dengan aset semua tak lah berapa banyak. Tapi, bila aku rasa aku fail nak beli sesuatu walaupun dah ikat perut, aku cuba belajar dari kekurangan itu. Dan dari situ la perlahan-lahan aku mula membaca banyak buku motivasi dan berkawan dengan orang-orang yang berjaya. Percayalah, jauh bezanya bila korang bergaul daripada gerak solo ranger.

Fokus pada tajuk artikel semula, aku boleh katakan dunia rialiti sekarang jauh beza dengan 80-an 90-an. Kalau zaman dulu, orang tukar duit jadi lembu, kambing dan kerbau. Hari ini, nak bela lembu dekat taman perumahan dan apartment ke? Tanah pusaka dari 10 ekar, cuma dapat 1/2 ekar. Percaya?

Di sini aku nak kongsikan info yang berguna buat anda semua. Ditulis oleh Encik Suzardi Maulan yang bertajuk makan gaji sahaja tidak cukup. Jika anda ada sebarang persoalan bolehlah hubungi beliau melalui facebook ataupun boleh kunjungi laman web rasmi beliau Pakdi.net

Makan Gaji Sahaja Tak Cukup!
—–

Tuan jika mahu ada duit lebih, makan gaji sahaja tidak cukup.

CEO syarikat yang kaya raya, selalu dapat ganjaran dari sudut lain, sama ada ekuiti dalam syarikat yang membolehkan dia berkongsi keuntungan syarikat, stock options dan tidak ketinggalan buat bisnes senyap-senyap, sebagai plan B sekiranya kontraknya tidak disambung.

Kontrak ‘tamat’ sahaja, tahu-tahu dia dah memiliki rangkaian bisnes francais yang terkenal. Dia pun tahu makan gaji tak cukup. Dia cuma CEO, bukan pemilik syarikat pun.

Berikut adalah peluang menukarkan duit gaji jadi harta:

1. Bisnes

Ini adalah cara paling cepat jadi kaya. Malangnya, dalam tempoh 1 tahun, banyak bisnes gulung tikar. Ada yang kata, 90% pasti terguling.

2. Beli saham bisnes orang lain

Kurang berbakat dalam bisnes, maka kita laburkan duit dalam bisnes orang lain yang berbakat.

Di Bursa Malaysia, lebih 900 syarikat ada beri peluang ini. Lebih 70% adalah patuh Shariah. Tetapi bukan semua syarikat di Bursa Malaysia ini berkualiti. Ada yang rugi memanjang tapi harganya naik. Ho ho ho.

3. Hartanah

Isu utama biasanya orang tidak ada modal sebab bukan semua mampu beli hartanah tunai. Jadi, ramai perlu berhutang dengan bank. Justeru, kena tahu cara bermain yang betul bila kena berhutang.

4. Emas & perak

Sekiranya harga naik setiap tahun tidak mengapa. Harganya turun naik. How low is low, how high is high?

Walaupun harga emas dunia tengah jatuh, jika beli sekarang, dan harga terus jatuh tergolek amacam?

4 aset ini adalah antara aset-aset utama yang ada pada zaman ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤