Masyarakat Muslim Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh merayakan rampasan kuasa dan penahanan tentera ke atas Aung San Suu Kyi. Mereka difahamkan telah tinggal di kem pelarian selama tiga tahun.

Kira-kira 740,000 orang muslim Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh setelah berlakunya operasi ketenteraan pada bulan Ogos 2017 yang diklasifikasikan oleh PBB sebagai pembunuhan beramai-ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Suu Kyi adalah pemimpin de facto negara itu pada waktu itu dan pada tahun 2019, dia telah bertindak membela tentera Myanmar di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) yang bersidang untuk mendengar kekejaman terhadap Rohingya, termasuk rogol dan pembunuhan.

Berita mengenai penangkapan dan penahanan Suu Kyi tersebar dengan cepat di kem pelarian yang sesak di Bangladesh di mana sekitar 1 juta pelarian Rohingya kini tinggal di sana.

“Dia adalah alasan di sebalik penderitaan kita. Mengapa kita tidak boleh  merayakannya,” kata pemimpin masyarakat Rohingya, Farid Ullah dari Kutupalong, penempatan pelarian terbesar di dunia.

Mohammad Yusuf, seorang pemimpin di kem Balukhali yang berdekatan, mengatakan: “Dia adalah harapan terakhir kami, tetapi dia mengabaikan penderitaan kami dan menyokong pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya.”

“Beberapa orang Rohingya mengadakan doa khas untuk menyambut ‘keadilan’ yang diberikan kepada pemenang Hadiah Nobel Keamanan,” kata Mirza Ghalib, seorang pelarian di kem Nayapara.

“Sekiranya pihak berkuasa kem membenarkannya, anda akan melihat ribuan Rohingya keluar dalam perarakan perayaan,” katanya kepada media.

Adakah tindakan mereka ini betul?

Melalui ciapan Ayman Wong, penulis buku Dunia Tanpa Tembok yang mempunyai latar belakang pengajian dalam hubungan antarabangsa, beliau menyatakan bahawa apa yang terjadi ke atas kumpulan etnik Rohingya sebenarnya adalah hasil kerja kotor dari pihak tentera Myanmar sendiri iaitu Tatmadaw.

Tujuan Tatmadaw menyerang etnik Rohingya adalah untuk menjatuhkan Suu Kyi dan memberi peluang kepada Tatmadaw untuk memenangi pilihanraya.

“Pada Oktober 2016, Tatmadaw melancarkan serangan ke atas kaum Rohingya di Rakhine, membuat kerajaan NLD berdepan dengan desakan antarabangsa.

“Kira-kira yang dibuat oleh Tatmadaw ialah: kalau Suu Kyi pertahankan Rohingya, maka kaum majoriti (Bamar) yang termakan propaganda akan benci Suu Kyi, NLD akan kalah PRU. Suu Kyi ialah ikon demokrasi dan hak manusia, & rapat dengan Barat, mestilah dia akan bersama Rohingya,” kata Ayman dalam ciapannya.

Perkara ini juga turut dijelaskan oleh Aye Min Thant, bekas wartaran Reuters yang kini bertapak di Myanmar. Dalam ciapannya, dia mengatakan bahawa apa yang terjadi ke atas masyarakat Rohingya adalah hasil kerja kotor pihak tentera.

Dia menyatakan bahawa tentera yang melakukan rampasan kuasa adalah tentera yang sama melakukan kekejaman ke atas masyarakat Rohingya. Dia turut menambah bahawa hasil dari rampasan kuasa ini juga, keadaan akan menjadi lebih teruk dan kesannya akan lebih besar kepada etnik Rohingya.

“55 juta orang [rakyat Myanmar] tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai, dan walaupun mereka melakukannya, apa yang kita perlukan adalah akauntabiliti dan keadilan, bukan idea “balas dendam” yang anda idamkan,” katanya dalam ciapan tersebut.

Bagaimanapun, kesilapan yang dilakukan oleh Suu Kyi dengan menyokong ketidakadilan ke atas Rohingya pastinya tidak boleh diterima ramai. Ia seolah-olah untuk menyelamatkan kedudukan beliau demi untuk memenangi pilihanraya.

Masyarakat Rohingya pula mempunyai alasan untuk merayakan ketidakadilan yang mereka perlu hadap sejak bertahun-tahun lamanya. Tetapi apa yang sedang mereka rayakan ini adalah seperti keluar mulut harimau dan masuk mulut buaya kerana kedua-dua kumpulan pemimpin ini mempunyai rekod yang buruk.

Terdahulu, dua tentera Myanmar mengaku dapat arahan untuk ‘bersihkan’ Muslim Rohingya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Bunuh Mereka Semua!’ – Dua Tentera Myanmar Mengaku Dapat Arahan ‘Bersihkan’ Muslim Rohingya

Kemenangan Buat Muslim Rohingya, Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Hentikan Genosid