Baru-baru ini berlaku kejadian vandalisme di Hollywood Walk of Fame. Kejadian kali ini mensasarkan bintang yang memaparkan nama Donald Trump dan ini bukanlah kali pertama kejadian ini berlaku kepada Presiden Amerika Syarikat tersebut.

Kejadian ini sedikit sebanyak telah membuatkan kami teringat kepada salah satu nama yang terpapar di Walk of Fame, yang sedikit berbeza, kerana namanya tidak diletakkan di atas lantai, tetapi diletakkan di bahagian dinding.

Dia adalah lagenda tinju, Muhammad Ali. Kata orang, anda tidak perlu malayang seperti rama-rama untuk berjalan di atas nama bintang Muhammad Ali, hanya perlu berdiri memandang dari paras mata.

749178903

Bintang Muhammad Ali yang mula dipersembahkan pada tahun 2002 adalah satu-satunya bintang yang tidak diletakkan di atas lantai Walk of Fame. Ia seolah-olah seperti tugu peringatan yang dilekatkan di dinding di 6801 Hollywood Blvd.

Persoalannya, mengapa bintang itu berada di dinding dan bukannya di atas lantai seperti bintang-bintang yang lain?

Ana Martinez, individu yang bertanggungjawab menjaga Walk of Fame, menyatakan bahawa Ali tidak mahu nama Muhammad dipijak dan ketua jawatankuasa Walk of Fame ketika itu Johnny Grant adalah individu yang mempersetujui permintaan Ali.

Pada tahun 2002, bintang Ali dipersembahkan kepada umum dan diletakkan di dinding bersebelahan dengan pintu masuk Dolby Theatre.

hollywood-trivia

Mengenai persoalan kenapa nama Ali mendapat penghormatan yang umumnya diperuntukkan bagi pembuat filem, pelakon dan ahli muzik, Martinez menjelaskan bahawa Ali adalah seorang penghibur, dia mempunyai dua album yang dinominasikan oleh Grammy.

Sebelum upacara merasmikan bintang Muhammad Ali pada tahun 2002, Grant mengatakan bahawa Ali layak digelar bintang kerana beberapa sebab, “Sejak hari di mana dia mendapat pengiktirafan di seluruh dunia dengan pingat emas Olimpik, hidupnya telah berjalan seperti sebuah teater.”

 

Muhammad Ali meninggal dunia pada tahun 2016 ketika berumur 74 tahun kerana masalah komplikasi pernafasan, klik pautan di bawah untuk membaca.

Lagenda Tinju Muhammad Ali Meninggal Dunia Di Usia 74 Tahun

Alfa Romeo 1976 Milik ‘Muhammad Ali’ Dilelong