Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mempersoal tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mahu menaikkan harga elektrik tahun ini sedangkan berjaya mencatat keuntungan tahun lalu, lapor Malay Mail.

Bagi kumpulan ini, kenaikan bil utiliti sebanyak 18.4 peratus untuk perniagaan yang berjalan pada margin di bawah 10 peratus boleh memberi kesan kepada keuntungan perniagaan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Walaupun kami dapat memahami keperluan untuk pelarasan berkala dalam harga, kami tidak boleh menerima kuantum atau masanya, terutamanya sejak TNB melaporkan lonjakan 9.6 peratus dan 4.6 peratus dalam hasil dan pendapatan masing-masing untuk sembilan bulan berakhir 30 September, 2021.

“Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din dipetik sebagai berkata ‘permintaan dijangka bertambah baik dalam beberapa bulan akan datang dan tahun depan (2022) apabila lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka untuk perniagaan.”

“Oleh itu melalui pengakuan TNB sendiri, syarikat utiliti nasional itu akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam beberapa bulan akan datang, dan tidak ada sebab untuk kenaikan mendadak itu, terutamanya kerana ia berhasrat untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu dalam portfolionya daripada 45 peratus dalam 2021 kepada 10 peratus menjelang 2035,” kata pengerusi kumpulan Samenta Datuk William Ng.

Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini mendedahkan bahawa tarif tenaga akan dinaikkan bermula 1 Februari. Beliau hanya menegaskan bahawa kenaikan itu tidak akan “membebankan” kepada pengguna. Namun bagi pengguna domestik, kerajaan mengumumkan bahawa tiada kenaikan tarif elektrik yang akan berlaku.

Eco-Shop umum terpaksa naik harga barang disebabkan kos yang semakin meningkat. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Eco-Shop Umum Terpaksa Naik Harga Barang Disebabkan Kos Yang Semakin Meningkat

Ikea Jangka Kenaikan Harga Barang Disebabkan Krisis Rantaian Bekalan

Cara Membuat Tuntutan Jika Terima Barangan Rosak Atau Pecah Dari J&T Malaysia