Tiara, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dato’ M.Nasir yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris kini menjadi ‘single’ baharu Raffa Affar, setelah lagu hitnya ‘Cinta Sampai Mati’.

Raffa Affar, pemuda dari Jawa Barat Indonesia, adalah satu nama popular dalam media sosial dengan hampir 4 juta pengikut di aplikasi Tik Tok, merakam ulang (cover) lagu ‘Tiara’ yang pernah menjadi siulan ramai pada tahun 90an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila ditanya kenapa memilih Tiara daripada beribu lagu malar segar daripada negara jiran Malaysia, Raffa menjawab “Lagu ini dekat dalam hati saya dan saya rasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini.” Dahulunya adalah lagu ‘slow rock’, telah dibawakan oleh Raffa dengan cara dan gayanya sendiri.

Ketika lagu ini sudah mendapat 20 juta tontonan di YouTube, persembahan Raffa Affar di sebuah acara muzik telah membuatkan peminat di Malaysia rasa geram dan kecewa kerana lagu Tiara yang masterpiece jadi sendu apabila dinyanyikan secara live oleh Raffa.

https://www.tiktok.com/@mohd_yusuf86/video/7114186575164017947?_t=8TaDoFcQAXh&_r=1

Berdasarkan komen yang ditinggalkan, peminat setia Raffa berkata berkemungkinan beliau gugup kerana ini kali pertama Raffa membuat persembahan skala besar di depan umum.

Namun ada juga yang memberi pandangan ketika sesi rakaman, auto-tune banyak membantu ‘menyedapkan’ suara penyanyi. Jadi mereka tidak terkejut sekiranya penyanyi tidak dapat menyanyi sama seperti ‘dalam kaset’.

Dato’ Hattan turut tegur penyanyi ubah melodi asal lagu popular

@sharifah3449

Reply to @ose7eno

♬ original sound – Dior – Mrs Hasri

Tidak dinafikan versi baharu Tiara ini sebenarnya mendapat perhatian anak muda tetapi perlu diingatkan tidak perlu melebih-lebih sehingga hilang feel dan melodi asal.

Itu ‘peringatan’ daripada penyanyi legenda Dato Hattan apabila ditanya mengenai trend BBNU membuat cover lagu-lagu lama.

“Nak rakam tu boleh tapi biar betul caranya. Ni kau rakam lembik-lembik, macam ular kena pukul pula. Belajar hormati lagu. BBNU ni rakam entah jadi apa bunyinya. Ditukarnya melodi, salah tu. Nak rakam, rakam elok-elok,” katanya.

Penerimaan sebenarnya pelbagai untuk kedua-dua versi Tiara ini. Buat yang sudah biasa dengan versi asli, pasti akan berpihak kepada Kris. Buat yang baru mengenali Tiara menerusi Raffa, akan suka versi Raffa. Namun yang penting, lagu Tiara sudah mempunyai peminat baharu bukan sahaja di Malaysia, tetapi di Indonesia.

Nama Yayan Ruhian meniti di bibir peminat apabila beliau pernah menolak untuk berlakon John Wick 3 kerana filem Mat Kilau. Baca lagi pada pautan di bawah.

Yayan Ruhian Hampir Tidak Muncul Dalam John Wick 3 Kerana Hormati Jadual ‘Shooting’ Mat Kilau

‘Suara Hanya Level Penyanyi Karaoke’- Azmeer Tegur Iqbal Selepas Dengar Single Pertama

Gackt, Penyanyi Legenda J-Rock Yang Cintakan Malaysia Dan Memujinya Di Stesen TV Jepun