Nota Editor: Nota bisnes ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd, pengerusi PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dan PTS Media Group di Facebook beliau. Kami telah mendapat kebenaran beliau untuk mengulang siar nota ini di The Vocket. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.


Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Safee Sali dan bisnes…

Mahu berjaya sebagai peniaga ada persamaan dengan mahu berjaya sebagai pemain bola.

Menjadi pemain bola yang berjaya adalah suatu profesion. Menjadi peniaga yang berjaya adalah suatu profesion.

Jangan kita bercita-cita mahu menjadi pemain bola yang berjaya kaya macam Safee Sali, kalau tujuan kita….

  • Sekarang kita selalu tak cukup duit, jadi kita hendak mencari duit lebih dengan berniaga. Safee Sali bermain bola bukan sebab dia tidak cukup duit. Safee Sali bermain bola kerana dia gila main bola.
  • Keluarga kita banyak yang susah, jadi kita hendak jadi kaya sebab hendak tolong keluarga. Safee Sali bermain bola bukan sebab keluarganya susah. Bukan sebab dia hendak menjadi kaya demi menolong keluarganya yang susah. Safee Sali bermain bola kerana dia gila main bola.
  • Ekonomi ummah lemah, jadi kita hendak membantu memperkasakan ekonomi ummah. Safee Sali bermain bola bukan sebab dia hendak memperkasakan ekonomi sesiapa. Safee Sali bermain bola kerana dia gila main bola.

Kita berniaga pun macam itu. Kita berniaga kerana kita gila hendak berniaga.

Sudah kaya raya pun kita terus berniaga sebab kita gila berniaga.

Kita bukan gila duit! Kita gila berniaga!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka