Tanpa pengasas Mark Thatcher, tiadalah jenama Teva ini di dunia. Sebut sahaja nama Teva, sudah lekat di minda betapa lasak dan selesanya sandal ini untuk kegunaan harian atau ketika aktiviti outdoor.

Bagaimana lahirnya sandal pertama Teva ini? Semuanya bermula pada tahun 1982 apabila beliau merasakan agak sukar untuk mencari kasut yang sesuai untuk kegunaan aktivi lasak. Untuk pakai kasut, ianya akan jadi berat apabila basah dan jika pakai selipar, ia akan mudah dibawa air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mark bekerja sebagai seorang pemandu arah untuk aktiviti berakit dan dari sini timbul idea untuk menghasilkan model pertama sandal Teva. Beliau menambah strap nylon pada bahagian belakang selipar biasa dan kemudiannya membuat patent rasmi untuk rekaan kasut beliau. Strap ini membantu selipar beliau daripada hanyut dibuai air sungai.

Marc berjaya menjual 200 pasang pada tahun pertama ianya berada di pasarkan. Sejak daripada itu, permintaan untuk kasut Teva semakin tinggi dari tahun ke tahun. Model terbaru turut dihasilkan Teva sebagai variasi untuk peminat setia mereka.

Kenapa ia laku keras di seluruh dunia? Semestinya kerana faktor keselesaan dan kelasakkannya. Satu pasang tahan bertahun-tahun bergantung kepada cara penggunaan anda. Di samping itu, pilihan warna dan model menjadikan sandal ini sesuai untuk digayakan oleh semua dan ke mana-mana sahaja.

Teva juga sangat popular di Jepun dan pernah berkolaborasi bersama jenama-jenama besar Jepun antaranya Neighborhood, Bedwin & The Heartbreakers, Uniform Experiment, Porter dan terbaru, bersama jenama fesyen Opening Ceremony.

Neighbor
Teva x Neighborhood Japan

Model paling laris dan klasik Teva semestinya Teva Original Universal. Tanya sahaja sesiapa yang pernah menggunakan jenama ini, pasti tidak akan mencari jenama yang lain untuk sandal.

Tidak susah untuk anda cari sandal Teva ini di Malaysia. Cawangan terbaru Teva ada di seluruh Malaysia dan untuk di Lembah Klang, anda boleh membelinya di cawangan Mid Valley Megamall dan Prestige Sports.

https://www.instagram.com/p/CEoRG0YB7q2/

https://www.instagram.com/p/CFLkOf_J1Yk/

Ketika ini Prestige Sports dan Teva sedang membuat jualan khas sehingga 30 September 2020 (Rabu) ini. Jadi, sekiranya ada sandal yang anda minati, boleh ke cawangan Prestige Sports dan Teva berdekatan anda atau beli secara dalam talian di sini. Rasai sendiri keselesaan sandal ini dan anda pasti akan faham mengapa sandal ini menjadi pilihan ramai.