Hantu adalah makhluk halus yang wujud dan hanya boleh dilihat oleh sesetengah orang. Tidak pasti itu kelebihan atau bala, namun untuk mendengar cerita hantu daripada mereka yang mempunyai pengalaman berjumpa secara berhadapan, ia adalah momen yang seram sejuk dan menyeronokkan.

Di beberapa negara, termasuk Malaysia, ada sebahagian orang yang mengaku bahawa mereka mempunyai kemampuan untuk mendengar suara makhluk halus atau roh orang yang sudah meninggal dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Orang ini selalunya dianggap luar biasa dan sering menjadi ikutan untuk khalayak umum duduk mendengar mereka bercerita. Kerana pengalaman melihat, berjumpa atau mendengar suara makhluk halus ini tidak dimiliki oleh semua orang, hanya yang ‘layak’ dan berani sahaja diberi kelebihan ini.

Kajian

Dalam mengkaji kelebihan yang ada pada mereka dan persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya, para saintis kini sedang melakukan kajian bagaimana seseorang itu mampu mendengar suara orang yang sudah meninggal dunia.

Menurut kajian yang dilakukan, terdapat beberapa faktor mengapa seseorang itu mempunyai kelebihan untuk mendengar suara orang sudah mati, termasuklah pengalaman mistik yang tidak dapat difahami pada masa kanak-kanak dan halusinasi yang menjadikan deria telinga lebih tajam daripada orang biasa.

Hasil akhir kajian ini akan dapat membantu kita untuk lebih memahami bahawa halusinasi pendengaran mampu memberi kesakitan kepada sesetengah orang disertai dengan penyakit mental seperti skizofrenia.

Selain itu, pengalaman kerohanian mengenai clairvoyance dan clairaudience – pengalaman melihat atau mendengar sesuatu tanpa rangsangan luaran dan dikaitkan dengan roh orang sudah mati – benar-benar menarik perhatian para penyelidik untuk membedahnya secara ilmiah, di mana mereka mula mengkaji halusinasi patologi.

Secara khusus, para penyelidik ingin memahami lebih lanjut mengapa sebilangan orang yang mempunyai clairaudience sering mengaku mempunyai pengalaman paranormal, sementara yang lain mengaku tertekan dan didiagnosis dengan masalah kesihatan mental.

“Spiritualis (paranormal) cenderung melaporkan pengalaman pendengaran yang tidak biasa, bermula di awal kehidupan yang kemudian mereka dapat mengawal (kemampuan mereka),” jelas Peter Moseley, seorang psikologi di Universiti Northumbria di England.

“Memahami bagaimana perkembangan ini penting kerana dapat membantu kita memahami lebih banyak tentang pengalaman mendengar suara yang mengganggu atau tidak terkawal.”

Peratusan

Dia dan rakannya, Adam Powell, dari Durham University di UK merekrut 65 orang yang mempunyai clairaudience dari Kesatuan Nasional Spiritualis di UK. Mereka juga disertai oleh 143 orang biasa bagi menentukan apa yang membezakan kumpulan yang mempunyai pengalaman paranormal dengan masyarakat umum.

Secara keseluruhan, 44.6 peratus mereka yang mempunyai clairaudience mengaku mendengar suara orang sudah meninggal dunia setiap hari, dan 79 persen mengatakan bahawa mendengar suara orang yang sudah mati adalah perkara biasa dan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Manakala sebahagian besar dari mereka mengatakan bahawa mereka mendengar suara orang yang sudah mati dalam fikiran mereka, dan 31.7 peratus mendengar suara orang yang sudah mati yang datang dari dalam dan luar fikiran mereka.

Tinjauan

Berbanding dengan orang biasa, mereka yang mempunyai clairaudience mempunyai kepercayaan yang lebih tinggi terhadap makhluk halus dan cenderung untuk tidak peduli dengan cara orang lain melihatnya.

Secara keseluruhan, mereka mula memiliki kemampuan untuk mendengar suara orang yang sudah mati pada usia muda sekitar 21 tahun, di mana mereka mengaku bahawa ketika itu pendengaran mereka menjadi semakin sensitif.

Saintis melihat situasi ini sebagai tekanan yang menyebabkan perubahan kepada hidup atau keadaan mental seseorang itu dengan mula mengabaikan persekitaraannya walaupun terdapat bunyi-bunyi yang menyeramkan.

Kumpula clairaudience juga mengakui bahawa mereka lebih kerap berhalusinasi. Para penyelidik menyatakan, kumpulan ini tidak mendengar dari pengalaman orang untuk mencari jawapan, tetapi sebaliknya mereka mengalami atau berhalusinasi dengan perkara mistik itu sendiri sambil mencari jawapan.

Bagi masyarakat umum pula, tahap pendengaran yang sensitif mempunyai kaitan dengan kepercayaan dengan dunia ghaib, walaupun mereka memiliki halusinasi yang sedikit atau tidak.

Hasilnya, para penyelidik menyatakan bahawa mendengar suara orang yang sudah meninggal dunia bukanlah disebabkan oleh tekanan, hubungan sesama manusia atau taksub dengan dunia ghaib. Sebaliknya, individu-individu yang mempunyai kelebihan ini menemui Spiritualisme melalui pengalaman yang luar biasa dalam hidup mereka.

“Penemuan kami menunjukkan banyak hal mengenai ‘belajar dan keinginan.’ Bagi para peserta kami, prinsip-prinsip Spiritualisme dapat dilihat dengan memahami pengalaman masa kecil yang luar biasa serta fenomena pendengaran yang sering mereka alami sebagai medium latihan,” kata Powell.

“Tetapi semua pengalaman itu mungkin disebabkan oleh kecenderungan tertentu atau kemampuan awal dan bukanlah hanya sekadar mempercayai kemungkinan untuk menghubungi orang yang sudah mati jika seseorang berusaha cukup keras.”

Saintis dakwa temui filem paling seram sepanjang zaman, klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Dakwa Temui Filem Paling Seram Sepanjang Zaman

Lembaga Putih Muncul Dan Lampu Padam, Proses Tangkap ‘Saka Pocong’ Buat Netizen Seram

Seram Dan Didakwa Berunsur Syirik, Penceramah Minta Hentikan ‘Lathi Challenge’